Bank Dunia Sahkan Ekonomi Malaysia Positif

Sejak kebelakangan ini, cerita bahawa Malaysia akan bankrap semakin galak dimainkan dan disebarkan dalam media sosial oleh penyokong Mahathir dan pembangkang.

Dengan ramai yang menjadi `pakar ekonomi' dalam Facebook walaupun hakikatnya jahil dalam bidang ekonomi.

Mereka seperti suka dengan penyebaran berita berkenaan, seolah-olah mengharapkan nasib Malaysia akan menjadi seperti Greece, yang menjadi muflis kerana tidak mengawal hutang dan perbelanjaannya.

Hakikatnya, Bank Dunia sendiri mengesahkan bahawa ekonomi negara adalah positif dan corak pertumbuhan  masih lebih tinggi daripada tahap purata.

Bukan itu sahaja, ia akan  terus positif pada masa hadapan walaupun keadaan ekonomi yang lembap di rantau ini.

Pengesahan itu dibuat oleh Pengurus Bank Dunia yang berpengkalan di Malaysia, Faris H. Hadad-Zervos. Dalam Bengkel Kesedaran dan Peluang Perniagaan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2016, Faris memberitahu pertumbuhan ekonomi Malaysia dibantu oleh dasar yang menyokong pertumbuhan kerajaan, termasuk belanjawan.

"Jika anda melihat keadaan Malaysia beberapa tahun lepas, ia memperlihatkan keadaan pertumbuhan yang positif. Malaysia terus berkembang dalam tempoh tersebut walaupun ekonomi global turun naik.

"Apa yang kita ketahui setakat ini ialah usaha penyesuaian berterusan dengan persekitaran ekonomi luar," katanya.

Begitu juga dengan pengumuman bahawa ekonomi Malaysia meningkat empat peratus dalam suku kedua tahun ini dan pertumbuhan 4.1 peratus bagi separuh pertama 2016. Ia adalah sejajar dengan kedudukan ekonomi global yang sederhana.

Lebih menarik, disebabkan ekonomi yang positif ini, syarikat-syarikat Malaysia boleh merebut tender projek Bank Dunia. Ia merupakan satu kelebihan kerana projek-projek di ba­wah Bank Dunia mempunyai kelebihan kerana dikendalikan oleh badan antarabangsa yang berkaliber.

Kontrak kerja yang dibuka oleh Bank Dunia di pelbagai negara memberi kesempatan kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk menem­busi pasaran antarabangsa sete­rusnya membantu mengurangkan defisit sektor perkhidmatan negara.

Inilah salah satu bukti bahawa ekonomi Malaysia berkembang positif, jika tidak mana mungkin Bank Dunia berani membuat tawaran berkenaan.

Jika sebelum ini ada yang tidak percaya kepada laporan dan statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan atau Bank Negara mengenai pertumbuhan ekonomi negara namun kali ini, tiada alasan lagi untuk menafikannya memandangkan Bank Dunia sendiri yang membuat pengesahan.

Nampaknya serangan ekonomi telah gagal, sebab itulah gamaknya Mahathir mencari "nyawa lain" dengan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim. Fakta ekonomi itu tidak boleh disangkal lagi.

Apa geng geng Mahathir hendak kata Bank Dunia itu makan dedak? Hanya mampu memaki dan mengata orang sahajalah geng geng Mahathir dan pembangkang.

Itu tandanya mereka sudah kalah. Sudah bankrap modal.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP