Video: Bapa ADUN DAP Sungai Pinang beri keterangan kepada SPRM

Lim Keat Seong, bapa kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Lim Siew Khim, hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Georgetown, Pulau Pinang.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abdul Aziz Aban berkata Keat Seong tiba di pejabat SPRM pada pukul 12.50 tengah hari Khamis.

Abdul Aziz berkata tempoh soal siasat Keat Seong bergantung kepada bagaimana beliau memberikan kerjasama.

"Kami kini sedang menyoalnya dan masih terlalu awal untuk buat penentuan," kata Abdul Aziz.

Keat Seong didakwa menerima wang tunai sebagai balasan kerana mendapatkan unit rumah mampu milik untuk pembeli.

Sebuah video, menunjukkan beliau didakwa meminta wang tunai sebagai pertukaran untuk unit-unit perumahan telah didedahkan oleh Gerakan negeri baru-baru ini.

Siew Khim telah mengesahkan lelaki dalam video itu adalah bapanya, tetapi berkata beliau tidak mengetahui tentang aktiviti perniagaannya itu.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP