Peluk cium Mahathir -Anwar bukan kerana percaya, tapi itu drama

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mampu untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dalam masa yang singkat, apatah lagi menunjukkan bahawa pembangkang mampu bersatu menentang kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Kata Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, ia sekurang-kurangnya memerlukan 5 tahun untuk membina balik kepercayaan terhadap rakyat seluruhnya.

"Saya berjaya kerana orang percaya dengan saya, saya jaga PNB, Bumiputra percaya saya, itu pun lepas 10 tahun baru percaya, saya jaga GUTHRIE, saya jaga Selangor, lepas 1 penggal saya dipercaya, itu pun menang hanya sedikit, ketika itu UMNO ke PAS ke semuanya baru nak bersalam dengan saya, jadi ini bermakna prinsip paling penting adalah membina kepercayaan.

poster-khalid-ibrahim-dan-anwar-tun-m"Jadi dalam hal Anwar dan Tun Mahathir, mereka masih memerlukan 5 tahun baru dapat kepercayaan, bukan hari ini esok baru percaya, rakyat kita ni ada budaya, mereka sangat lembut tapi percayanya tidak. dia angguk tapi sebenarnya tidak, tapi mereka boleh buat keputusan, bukan boleh tepuk dada, tolonglah percaya saya.

"Peluk cium Tun Mahathir dan Anwar bukan kerana percaya, tapi itu adalah drama," katanya kepada BNBBC.my portal.

Anwar pernah dilihat begitu akrab dengan Dr Mahathir dalam kerajaan dan parti dan dilihat bakal dilantik menjadi perdana menteri selepas ahli politik dari Kedah itu meletak jawatan.

Bagaimanapun pada 1998 Anwar disingkirkan daripada UMNO dan kerajaan atas dakwaan salah laku seks dan rasuah.

Perkembangan itu mencetuskan gerakan reformasi dan kedua-dua mereka menjadi seteru yang seolah-olah tidak dapat didamaikan.

Bagaimanapun selepas 18 tahun Anwar dan Dr Mahathir bersemuka serta bersalaman di mahkamah Jalan Duta pada 5 September dan mencetuskan pelbagai spekulasi.

"Jadi dalam hal Anwar dan Tun Mahathir, mereka masih memerlukan 5 tahun baru dapat kepercayaan, bukan hari ini esok baru percaya, rakyat kita ni ada budaya, mereka sangat lembut tapi percayanya tidak. dia angguk tapi sebenarnya tidak, tapi mereka boleh buat keputusan, bukan boleh tepuk dada, tolonglah percaya saya.

"Peluk cium Tun Mahathir dan Anwar bukan kerana percaya, tapi itu adalah drama," katanya kepada BNBBC.my portal.

Anwar pernah dilihat begitu akrab dengan Dr Mahathir dalam kerajaan dan parti dan dilihat bakal dilantik menjadi perdana menteri selepas ahli politik dari Kedah itu meletak jawatan.

Bagaimanapun pada 1998 Anwar disingkirkan daripada UMNO dan kerajaan atas dakwaan salah laku seks dan rasuah.

Perkembangan itu mencetuskan gerakan reformasi dan kedua-dua mereka menjadi seteru yang seolah-olah tidak dapat didamaikan.

Bagaimanapun selepas 18 tahun Anwar dan Dr Mahathir bersemuka serta bersalaman di mahkamah Jalan Duta pada 5 September dan mencetuskan pelbagai spekulasi.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP