Mahathir Kaya Sebab Menabung Dari Muda?
Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan adalah bagaimana Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa kekayaan yang beliau miliki hari ini adalah atas usahanya menabungnya sejak 29 tahun yang lalu.
Tun Mahathir menyatakan menerusi usaha menabung itu, beliau berjaya membuka kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau.
Tun Mahathir yang menulis dalam blognya semalam, juga mendakwa, beliau langsung tidak pernah meminjam walau satu sen pun daripada bank. Untuk menambah rencah, Tun Mahathir turut menyatakan beliau tidak didakwa di mana-mana mahkamah di seluruh dunia atas salah lakunya sepanjang mentadbir kerajaan selama 22 tahun.
Hebatnya beliau, berjaya menabung hingga mampu memiliki kandang kuda di Argentina, pelbagai koleksi kereta mewah termasuk bufori geneva bernilai RM1.5 juta selain anak-anaknya yang boleh dianggap sebagai bilionair.
Selama 29 tahun, beliau berjaya `menyimpan' RM4,000 gajinya sebagai ahli Parlimen dan secara purata RM20,000 gajinya sebagai Perdana Menteri atas alasan, semasa beliau menjadi Perdana Menteri, segala keperluannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Hakikat sebenar yang mereka lupa, andai benar Tun Mahathir menabung selama 29 tahun, jika dikira secara kasarnya, hari ini, jumlah kasar simpanannya tidak lebih daripada RM10 juta. Itupun jika beliau langsung tidak pernah menggunakan walau 1 sen pun wang simpanannya.
Persoalannya, bagaimana beliau mampu memiliki tidak kurang daripada tiga ekor kuda dari baka terbaik di Argentina dan Malaysia dengan setiap seekor dianggarkan berharga RM50 ribu dan bagaimana beliau mampu membayar gaji pekerja untuk menyelenggara dua kandang kudanya?
Bagaimana pula halnya dengan pemilikan kereta Jaguar, Porsche dan lain-lain lagi? Bagaimana dengan kemampuan anaknya, Mokhzani dan Mirzan yang memiliki perniagaan dengan membayar pemilikan perniagaan dengan jumlah yang cukup besar secara tunai?
Bukankah sebelum ini, Mirzan pernah mengakui, tanpa campurtangan beliau, Mirzan tidak akan berada pada kedudukannya hari ini? Adakah semua kekayaan yang dianggarkan secara kasarnya bernilai RM70 juta hasil daripada simpanannya selama 29 tahun?
Benar, Tun Mahathir tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah atas tuduhan rasuah atau penyelewengan. Namun, usah dilupa, sehingga hari ini beliau gagal menjawab secara terus, kemana hilangnya RM10 juta dari MAS, RM10 juta menerusi Perwaja Steel, RM20 juta menerusi BBMB dan RM33 juta menerusi pelaburan forex.
Tun Mahathir juga gagal menjawab dakwaan bekas editor WSJ, Barry Wain bahawa beliau telah membazirkan kira-kira RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
Mengapa Tun Mahathir tidak pernah memfailkan saman terhadap Wain yang menulis mengenai pembaziran itu menerusi buku "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times"?
Wain menulisnya semasa Tun Mahathir mula menyandang jawatan perdana menteri pada 1981. RM100 bilion ketika itu, mungkin bernilai RM225 bilion hari ini. Disebabkan beliau tidak menyaman Wain maka dakwaan itu kekal hingga kini.
Walaupun Wain telah meninggal dunia, namun jika Tun Mahathir mahu mengemukakan saman, beliau boleh melakukannya dengan menyaman anak dan isteri Wain sendiri.
--------------------------------
http://pakdin.my/mahathir-pengunjung-tetap-the-las-lenas-argentina-mengapa-suka-sangat-kesana/
http://pakdin.my/mokhzani-antara-punca-tun-m-dikejarkan-ke-ijn/
http://pakdin.my/tujuh-tahun-pertama-mahathir-menjadi-perdana-menteri-menyusahkan-rakyat/
http://pakdin.my/tun-m-lupa-laporan-skandal-salah-guna-kuasa-zamannya-memalukan-malaysia/
Comments
Post a Comment