Cerita Seks Siapa Yang Muhyiddin Sebut Itu?
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi), Tan Sri Muhyiddin Yassin kini menggunakan portal pro pembangkang, Malaysiakini sebagai lidahnya.
Muhyiddin berkata "kem Najib jaja cerita seks" dalam Malaysiakini, 1 September 2016. Cerita seks siapakah itu?
Muhyiddin mendakwa cerita Nika Gee Siew Yee dan dakwaan 'tidak senonoh' ke atasnya adalah tidak benar. Jika tidak benar mengapa sudah dua kali perbicaraan diadakan tetapi Muhyiddin langsung tidak hadir ke mahkamah?
Muhyiddin juga tidak berani berhadapan dengan kumpulan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang mencabar Muhyiddin mendedahkan kisah Nika itu dalam program Nothing To Hide 3.0 yang diadakan pada 18 Ogos lalu.
Malangnya Muhyiddin tidak hadir pada program Nothing To Hide 3.0 sedangkan ia adalah platform terbaik untuk beliau memberikan penjelasan terutama persoalan yang dibangkitkan oleh masyarakat, sama ada Muhyiddin masih lagi berhubung secara langsung dengan Nika atau melalui pihak ketiga.
Kalau anak jantan, Muhyiddin wajib hadir. Kalau anak jantan, Muhyiddin harus saman JMM yang sudah beberapa kali menyebut kisah Nika itu secara terbuka kepada pengetahuan umum.
Sebelum hendak mencabar orang lain sebagai anak jantan, Muhyiddin kena buktikan dirinya dulu sebagai anak jantan.
Begitu juga dengan suami Nika iaitu Standley Clement Agustin yang telah membuat Akuan Bersumpah (SD).
SD berkenaan melibatkan perceraian antara Stanley dan isterinya, Nika.
Jika kandungan SD yang dibuat oleh Standley itu terdapat unsur fitnah keatasnya, maka Muhyiddin perlu memfailkan saman terhadap Standley.
Standley sudah bawa kes itu ke mahkamah. Bila Muhyiddin hendak buktikan dakwaan terbaru ada duit dalam akaun Perdana Menteri itu. Mana buktinya? Hanya menuduh semata semata.
Dakwaan wujudnya hubungan sulit itu telah didedahkan oleh penulis blog, Raja Petra Kamaruddin pada Jun lalu yang menyiarkan dokumen SD Stanley, bahawa isterinya Nika mempunyai hubungan dengan Muhyiddin ketika beliau menjadi menteri besar Johor.
Dokumen berkenaan yang disiarkan Raja Petra pada blognya juga mendakwa isteri Muhyiddin menyedari hubungan berkenaan dan melarang wanita terbabit bertemu dengan bekas timbalan perdana menteri itu.
Kita tunggu 6 September ini untuk pengurusan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tentu ia akan menjadi lebih menarik.
Jadi Muhyiddin mengakulah apa yang berlaku dengan Nika Gee itu sebagai "cerita seks". Cerita seks siapa itu?
Comments
Post a Comment