Mahathir & Anwar: Dulu Tibai, Kini Cibai

23 April 2012, Ibrahim Ali, Presiden Perkasa melancarkan kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI).

Kelab itu ditubuhkan oleh bekas bekas PKR demi sedarkan rakyat tentang bahayanya Anwar bin Ibrahim. Murysidul Am Tibai adalah Zahid Mat Arip.

Dalam gimik majlis itu, Ibrahim Ali mengambil rotan dan menibai gambar Anwar Ibrahim sebagai simbolik pelancaran kelab Tibai. Dalam majlis itu juga, Ibrahim Ali mengajak semua orang berterima kasih pada Mahathir kerana memecat Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

5 September 2016, hanya empat tahun selepas itu, apa yang ditibai oleh Ibrahim Ali dan Mahathir telah bertukar menjadi indah belaka. Benda yang dulu dianggap najis, keji dan jijik oleh mereka kini harum mewangi.

6 September 2016, sehari selepas Mahathir datang bersalam salam dengan Anwar di mahkamah, Ibrahim Ali terus memberikan sokongan kepada tindakan Mahathir berjumpa dengan Anwar Ibrahim. Sokongan Ibrahim Ali telah didedahkan oleh satu blog semalam.

10 Ogos 2012, Mahathir pernah tibai Anwar dalam satu ceramah di Masjid Tok Bandar, Baling. Mahathir kata :

"Kalau nak bersatu, takkan badan besar masuk serpihan. Yang serpihan yang kena kembali pada asal. Ada orang (Anwar Ibrahim) nak jadi Perdana Menteri sampai sanggup pecahkan UMNO untuk dapatkan sokongan bagi diri dia. Dia (Anwar) fikir diri dia sahaja dan bukan negara serta rakyat".

Ayat yang diungkap Mahathir ini telah makan dirinya sendiri sekarang. Mahathir sendiri mewakili parti serpihan baru iaitu Pribumi datang mengadap berjumpa Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR di mahkamah. Kalau hendak nyatakan sokongan denga apa yang dibawa oleh Anwar di mahkamah, tidak perlu pun hadir ke mahkamah.

Ini bermakna, Mahathir sudah mahu "cium mulut" balik dengan Anwar Ibrahim demi untuk jatuhkan Datuk Seri Najib, UMNO dan Barisan Nasional. Sebagaimana Mahathir "cium mulut" balik dengan Kit Siang setelah bertahun tahun memanggil bapa Guan Eng itu sebagai orang rasis nombor satu.

Demi untuk memuaskan hati kroni, demi kuasa dan kepentingan, Mahathir sudah sanggup Mempercayai Apa Sahaja Cakap Anwar Ibrahim (MACAI). Mungkin hayat Mahathir disimpan panjang oleh Tuhan untuk menunjukkan kebenaran sebenar kepada rakyat.

Yang bermatian dan separuh mati berguling atas jalan menuntut reformasi bersama Anwar Ibrahim, kini marah dan memaki Anwar Ibrahim. Yang bersungguh pertahankan Mahathir selama 18 tahun ini juga rasa diperdaya dan "dikencing" oleh bapa Mukhriz itu.

Dulunya individu itu mereka TIBAI, kini orang yang sama mereka Cium Individu Bernama Anwar Ibrahim (CIBAI). "Political animal" itulah ayat sesuai untuk Mahathir dan Anwar sebagaimana yang disebut oleh Zainuddin Maidin. Mereka berdua, dua kali lima sahaja. Dua dua tidak boleh pakai.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP