Kerja Bodoh Bandingkan Proton Yang Dibantu Dengan 1MDB Yang Diganggu
Semalam, agak ramai yang cuba mewangikan yang sesuatu yang busuk iaitu Proton dengan menyebarkan maklumat tidak berapa lengkap mengenainya, hanya semata-mata mahu mencaci perniagaan 1MDB.
Perbandingan itu dibuat bukan secara `apple to apple' tetapi jauh menyimpang daripada hakikat sebenar.
Agaknya, akibat terlalu malu kerana Proton telah lama wujud iaitu lebih 30 tahun tetapi masih perlukan bantuan kerajaan hanya untuk membayar vendornya, maka dibuatlah perbandingan tidak setara lalu disebarkan.
Kita tidak perlu menggunakan istilah teknikal seperti isu 1MDB yang penuh `business maneuvers, dijaja ke jalan raya hanya kerana ingin memberi perbandingan berbentuk jahil, jahat dan tidak padan.
Akibatnya mereka yang tidak pernah memegang fail seumur hidup serta tidak pernah bekerja di pejabat pun, masuk campur dengan memberikan komen berkenaan isu yang langsung mereka tidak berapa arif.
Proton lahir pada zaman berbeza manakala 1MDB pula wujud di zaman berbeza. Modul perniagaan juga berbeza. Disyaki yang menyebarkan serta membuat perbandingan hanya mahu menyelamatkan nama Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang kian mereput serta keburukannya semakin menonjol apabila diungkit kembali.
Atas sebab itulah penyokongnya terpaksa membuat kerja cuci tandas.
Pertama kali harus diberitahu, Proton adalah perniagaan yang disokong oleh seluruh rakyat Malaysia ketika ia mula wujud dan tidak ada rakyat yang jahat, jahil dan berperangai syaitan cuba merosakkannya.
Sementara 1MDB pula telah dikenalpasti oleh Tun Mahathir dan kuncunya sebagai `alat' untuk menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjatuhkannya, sekali gus memuaskan rencana peribadinya. Dari situ sahaja kita sudah nampak perbezaan ketara antara Proton dengan 1MDB.
Kerajaan sudah mengeluarkan banyak wang untuk Proton demi meneruskan `survival' tetapi sebaliknya Tun Mahathir dan kuncunya pula telah banyak mengeluarkan wang untuk memusnahkan 1MDB. Ringkasannya, Proton berniaga dalam keadaan dibantu manakala 1MDB pula berniaga dalam keadaan diganggu.
Proton walaupun sudah wujud sekian lama namun masih perlukan bantuan wang kerajaan/rakyat untuk terus bertahan, seperti bantuan RM1.5 bilion beberapa bulan lalu. Kemana perginya hasil jualan kereta sejumlah 1 juta unit yang dihasilkannya itu, usahlah ditanya.
Maka bolehlah dikatakan hanya kerana mahu menghasilkan kereta, tidak mengapa Proton rugi dan berhutang. Jadi penyokong Tun Mahathir boleh berkata "sekurang-kurangnya adalah juga nampak kereta".
Mereka terhenti pula untuk berkata "walaupun nampak kereta tetapi tetap berhutang banyak". Jika begitu, maka Najib juga boleh membuka 10 lagi kilang kereta yang rugi dan boleh berkata "sekurang kurangnya nampak juga banyak kereta di jalan raya".
Harus diingat, ketika Proton mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan, Proton juga mendapat layanan istimewa di mana semua jabatan kerajaan dan agensi perlu menggunakan kereta Proton. Bukan itu sahaja, tentera dan polis juga banyak dipaksa menggunakan kereta Proton.
Maka jelas sekali Proton dibantu dan ditatang. Itu pun, masih rugi lagi sehingga ke hari ini.
Bagi 1MDB pula, setiap hari ia diganggu, dikacau dan disabotaj hingga ada pihak mengupah wartawan seluruh dunia, agen dalam negara serta musuh politik untuk memburukkan namanya.
`Brand assassination' itulah yang cuba dilakukan terhadap 1MDB.
Ketika masih dalam peringkat `infancy' perniagaannya, 1MDB telah dibunuh, disabotaj dan dikhianati oleh pihak yang pro kepada Tun Mahathir.
Jenamanya dibunuh kerana Tun Mahathir amat takut kehilangan `alat' untuk menyerang Najib.
Dalam 6 tahun pemerintahan Najib, hanya 1MDB sahaja yang boleh digunakan oleh pihak Tun Mahathir, sedangkan dalam tempoh 6 tahun Tun Mahathir, pelbagai peristiwa boleh digunakan untuk memburukkannya, jika zaman itu sudah ada media sosial.
Ketika 1MDB mahu memohon pinjaman dari kerajaan kerana hasil belum cukup matang untuk dituai, ia menjadi bahan hinaan dan kutukan seolah-olah meminjam itu satu kesalahan.
Namun rakyat yang menjadi hakim negara, diam membisu apabila Proton yang wujud lebih 30 tahun, masih mahu menyusu dari kerajaan dengan bantuan RM1.5 bilion untuk membayar vendornya,
Setelah lebih 30 tahun, adakah Proton masih belum menemui strategi perniagaannya? Berniaga dalam keadaan dibantu pun masih lumpuh juga?
Sebaliknya 1MDB yang berniaga dalam keadaan disabotaj pun sudah berjaya menyelesaikan masalah dengan rancangan rasionalisasinya walaupun IPO dikacau oleh pihak tertentu agar ia dia tidak dapat melaksanakan Public Offer.
Kini 1MDB hanya menunggu masa untuk menuai hasil dari EDRA dan TRX sahaja. Manakala Proton pula masih terkial-kial mencari pasangan hidup yang belum ditemui walaupun sudah berumur lebih 30 tahun, dengan menjual kereta tanpa untung walaupun bailout mencecah 13 billion.
Jadi tidak perlulah cuba membanding Proton yang ditatih dengan 1MDB yang disabotaj. Itu kerja bodoh.
Comments
Post a Comment