MENTERI BESAR HOMOSEKS DI BAWAH TELUNJUK MAHATHIR - RPK
Gambat hiasan
RPK dalam artikel beliau menyebut ada di antara menteri besar yang berada dibawah telunjuk Mahathir.
http://www.malaysia-today.net/the-faggot-menteri-besar-under-mahathirs-thumb/
Mahathir tidak mempunyai banyak pilihan yang tinggal. Malah, hampir tiada pilihan yang tersisa. Jadi sekarang dia perlu memilih jalan keluar dengan memeras ugut untuk cuba menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional. Dan strategi terkini beliau adalah untuk melakukannya pada sebuah negeri dan berharap, berdasarkan teori domino, negeri-negeri lain akan mengikut kerana suasana panik merebak di seluruh negara.
Jadi Mahathir telah memilih seorang Menteri Besar yang mempunyai minat terhadap lelaki muda yang cantik untuk permulaan. Mahathir mengancam untuk mendedahkan kelainan seksual Menteri Besar yang 'luar biasa' jika dia tidak mengikuti kehendak beliau menjadi Trojan horse. Tugas beliau adalah untuk menyebarkan ketakutan dan panik di kalangan pemimpin Umno dan wakil rakyat di negeri itu dengan mengatakan bahawa Pribumi adalah satu kuasa yang disegani dan yang tidak boleh diabaikan kerana Umno akan kehilangan kuasa di negeri itu.
Jika situasi panik berlaku dan ahli-ahli Umno di negeri itu menyeberang ke Pribumi beramai-ramai, akan juga mencetuskan panik di negeri-negeri lain kerana negeri ini penting dan Umno adalah cukup kuat di negeri itu. Untuk menarik mereka menyeberang, ahli-ahli Umno diberitahu bahawa mereka boleh kembali kepada Umno kemudian jika Pribumi gagal mengambilalih negeri ini. Jadi ianya tidak merugikan jika mereka 'play safe' dan menyeberang sekiranya Pribumi berjaya.
Untuk memastikan bahawa mereka boleh kembali ke Umno, keahlian mereka dilindungi dan 'tidak rasmi' dan nama-nama mereka tidak akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan. Ini bermakna mereka boleh masih secara rasmi kekal ahli Umno tetapi secara tidak rasmi menjadi ahli Pribumi. Mereka boleh menjadi 'gergaji dua mata' dan memperolehi menafaat sama ada Umno kekal berkuasa atau Pribumi mengambil alih.
Cerdik tak? Ia seperti mempunyai dua pasport dan dwi-kewarganegaraan, seperti apa yang dilakukan oleh ramai rakyat Malaysia. Jadi, jika mereka gagal hidup disana, katalah, di Australia, mereka boleh kembali ke Malaysia.
Bagaimanapun, Menteri Besar ini diperas ugut untuk menimbulkan suasana panik dan ketakutan supaya Pribumi boleh menang di negeri tersebut bukan melalui pilihan raya negeri atau pilihan raya umum tetapi dengan mendapatkan pemimpin Umno dan wakil rakyat di negeri itu menyertai Pribumi. Dan 'ejen pemasaran', seorang Menteri Besar, sudah pasti mempunyai pengaruh yang kuat dalam meyakinkan pemimpin Umno dan wakil rakyat di negeri itu.
Sudah tentu, Najib mengetahui hal ini, begitu juga penasihat beliau. Dan hakikat bahawa Menteri Besar itu mempunyai minat terhadap lelaki jambu bukan lagi rahsia. Ramai yang sudah mengetahui hal ini, malahan sudah menjadi buah mulut orang ramai.
Pada awal bulan Ogos 2016, Menteri Besar menghadiri rumah terbuka Hari Raya dan semasa meninggalkan majlis, ramai yang ternampak seorang lelaki jambu duduk di tempat duduk belakang keretanya. Lelaki jambu tidak keluar dari kereta tetapi menunggu di dalam kereta sepanjang Menteri Besar menghadiri majlis Hari Raya. Apa yang lebih menarik adalah pemandu itu memandu dengan pengawal peribadi yang merasa meluat dengan perangai Menteri Besar duduk di sampingnya.
Pengawal peribadi itu telah memberitahu beberapa orang yang dia tidak boleh bekerja lebih lama dengan Menteri Besar kerana dia meluat dengan apa yang sedang berlaku. Dia mungkin hanya pengawal peribadi tetapi itu tidak bermakna dia bodoh. Dia tahu apa yang berlaku dan dia tidak suka mengenainya. Mahathir pernah berkata beliau tidak boleh menerima seorang Perdana Menteri gay tetapi masa yang sama orang tua itu tidak mempunyai masalah menerima seorang Menteri Besar gay. Adakah ini tanda beliau seorang yang ikhlas dan berprinsip?
Mahathir, sudah tentu, adalah betul tentang satu perkara. Melayu boleh bertolak ansur dengan banyak perkara (biarpun rasuah, berjudi, minum arak dan zina). Walau bagaimanapun, apabila berkaitan aktiviti homoseksual ianya tidak boleh diterima oleh orang Melayu. Dan Mahathir tahu ini, itulah sebabnya beliau menggunakan alasan ini untuk menyingkirkan Anwar daripada memilih menggunakan beberapa tuduhan lain. Dan Mahathir tahu bahawa jika cerita tentang gaya hidup gay Menteri Besar ini bocor, orang ramai akan menolak beliau.
Jadi Menteri Besar ini dalam ketakuran dan dia akan melakukan apa sahaja untuk melindungi rahsianya. Masalahnya, walaupun ianya adalah rahsia ini bukan rahsia lagi. Ramai orang sudah tahu mengenai ini walaupun tidak ada yang mahu bercakap mengenainya. Tetapi jika Menteri Besar ini akan menjadi liabiliti kerana meminati lelaki jambu, maka Najib perlu menyingkirkan beliau sebelum dia boleh menyebabkan Umno dan Barisan Nasional jatuh.
Seorang Puteri Umno yang cantik sebenarnya pernah mengadu mengenai perkara ini. Kemana sahaja dia pergi otang akan memandang beliau. Anehnya apabila dia bertemu dengan Menteri Besar, beliau tidak menunjukkan minat dalam melihat dia sebaliknya Menteri Besar memberi tumpuan kepada pemuda jambu di dalam biliknya. Dan beliau lebih merasa sangsi apabila dia perasan kebanyakan kakitangannya adalah lelaki jambu.
Pembangkang tidak menjadukan perkara ini isu ini kerana mereka menyimpannya untuk pilihanraya umum akan datang dan menjadikan cerita ini sebagai alat dalam ceramah kempen mereka. Negeri ini mungkin jatuh, seperti apa yang Menteri Besar ini perkatakan, tetapi ia akan jatuh kerana 'rahsia' dan bukannya kerana Pribumi kuat, seperti yang beliau war-warkan.
Menteri Besar hanya cuba untuk melindungi kesnya supaya jika negeri jatuh maka dia boleh menyalahkan Najib dan 1MDB serta Pribumi penyebab kekalahan dalam pilihan raya. Bukan kerana kesalahan dia.
Sebenarnya, ia tidak mudah bagi negeri ini jatuh hanya kerana Pribumi. Negeri ini mempunyai lebih daripada 50 kerusi dan kurang daripada 20 kerusi dimenangi DAP, PAS dan PKR. Kedudukan kerusi DAP telah ditahap maksimum dan tidak mungkin boleh memenangi lebih dari apa yang mereka menangi pada tahun 2013. PAS tidak lagi bersama Pakatan Harapan, yang bermakna mereka tidak akan mendapat manfaat daripada undi Melayu.
Oleh itu, satu-satunya cara kerajaan boleh jatuh jika wakil rakyat Umno menyeberang kepada pembangkang, inilah apa yang Mahathir sedang cuba lakukanp. Dan peranan Menteri Besar adalah untuk cuba untuk mendapatkan mereka untuk melompat parti. Selain dari cara tersebut, Mahathir tidak akan berjaya mengambil alih negeri itu. Dan Mahathir berharap apabila negeri itu jatuh kerana lompat parti maka negeri-negeri lain akan ikut sama.
Jadi sekarang Najib perlu memastikan bahawa Menteri Besar ini dipecat sebelum rancangannya untuk mewujudkan ketakutan dan panik berjaya dan bakal menyebabkan beberapa wakil rakyat Umno menyeberang ke Pribumi. Menteri Besar ini terlalu berbahaya untuk disimpan. Malah, mana-mana Menteri Besar yang terlibay sandal seks adalah terlalu berbahaya untuk dibiarkan. Sekiranya Menteri Besar ini dipecat, Mahathir akan sekali lagi dikejutkan dan September 2016 benar-benar akan menjadi 'Black September' kepada beliau.
Comments
Post a Comment