Matthias, Husam batal saman terhadap Riza Aziz, Red Granite - Macai ProTun Telan Kahak

Peguam Matthias Chang dan pemimpin Amanah Datuk Husam Musa membatalkan saman mereka terhadap Red Granite Pictures, dan pengasas Riza Aziz dan Joey MacFarland.

Menurut The Hollywood Reporter, keputusan mereka berbuat demikian "masih belum jelas".



"Mereka secara sukarela membatalkan saman itu tanpa prasangka, menurut dokumen mahkamah yang difaikkan pada Jumaat, supaya mereka boleh mencuba sekali lagi," lapor portal hiburan itu, dan menambah peguam plaintif Louis Burke belum memberi respon.



Sementara itu Red Granite menghantar kenyataan kepada The Hollywood Reporter menyatakan pembatalan "tuntutan undang-undang tidak serius" itu adalah langkah yang betul pertamanya kerana ia tidak wajar.



Ogos lepas, Matthias dan Husam memfailkan saman "bagi pihak semua rakyat Malaysia" menuntut ganti rugi dan pemulangan harta dan aset yang mereka dakwa dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad.

Tuntutan mereka mendakwa wang yang dijana melalui tawaran bon oleh 1MDB digunakan untuk membiaya Red Granite, yang membiaya filem Wolf of Wall Street.

Matthias adalah bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, yang lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Red Granite diasaskan pada 2010 oleh Riza dan kawannya, McFarland.

Riza antara mereka yang dinamakan dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mendakwa lebih US$3.5 bilion dilencongkan daripada 1MDB, yang diasaskan Najib pada 2009 selepas menjadi perdana menteri. Riza adalah anak tiri Najib.

Tuntutan sivil itu mahu merampas US$1 bilion aset yang didakwa dilesapkan dan disalur ke Amerika Syarikat melalui syarikat kosong.

DoJ mendakwa kesalahan itu dilakukan selama empat tahun dan membabitkan pelbagai individu, termasuk pegawai warga Malaysia dan rakan-rakan mereka, yang berpakat untuk melencongkan wang berbilion dollar daripada 1MDB secara tipuan.

Selain Riza, ia menamakan Jho Low, dan pegawai kerajaan Abu Dhabi Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Yang tolong menyambung fitnah pasal DoJ, yang mencerca dan mencaci maki..
Sekarang apa macam?

Telan lah kahak korang. Bukan reti nak minta maaf pun.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP