Posts

Showing posts with the label Paris

Kes Sulu: Keputusan Mahkamah Paris Kemenangan Besar Buat Malaysia - Azalina

Image
Keputusan Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya ‘Award Akhir’ dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah disifatkan sebagai kemenangan besar kepada negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kemenangan itu bukan sahaja kejayaan undang-undang, malah kemenangan maruah, kedaulatan dan hak seluruh rakyat Malaysia terutama rakyat Sabah. “Bagi pihak War Room Sekretariat Khas Sulu, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakan-rakan Kabinet Kerajaan MADANI , pasukan perundangan Jabatan Peguam Negara (AGC), Wisma Putra, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta semua agensi kerajaan yang berganding bahu dalam menjalankan amanah demi kepentingan rakyat dan negara. “Ia membuktikan iltizam Kerajaan MADANI mempertahankan negara dengan berprinsip dan berpaksikan undang-undang,” ...