Petugas pembersih pantai yang menjumpai 'flaperon' MH370 tahun lalu, menemui objek dipercayai petunjuk kedua mengenai misteri pesawat terbabit di Pulau Reunion, dekat Lautan Hindi, semalam. Menurut Johnny Begue, objek berdimensi 40 X 20 sentimeter dan mempunyai tanda berwarna biru pada permukaannya itu ditemui ketika beliau melakukan senaman pagi di tepi pantai. "Objek itu ringan dan permukaan bawahnya berwarna kelabu, malah pembuatannya hampir sama dengan sayap (flaperon) yang saya temui dulu," katanya ketika ditemui AFP di Saint-Denis, dekat Pulau Reunion, hari ini. Flaperon yang berfungsi sebagai daya angkat pesawat ditemui di Pulau Reunion, 29 Julai tahun lalu, sebelum pasukan penyiasatan dianggotai Australia dan Malaysia melakukan analisis lanjut terhadap objek berkenaan. Berdasarkan beberapa ciri penting, khususnya nombor siri pengilang dan warna flaperon berkenaan, ia disahkan milik MH370 yang dilaporkan hilang ketika dalam penerba...