Posts

Sesalan teruna mati pucuk akibat diabetes

Image
Sesalan teruna mati pucuk akibat diabetes Baca seterusnya di: pakdin.my/167458 SEJAK kecil, Amin (bukan nama sebenar) begitu menggemari minuman yang manis terutamanya air berkarbonat. Malah, tabiat minum air berkarbonat yang lazim diketahui sebagai minuman mempunyai kandungan gula yang tinggi itu masih diteruskan apabila dia sudah meningkat dewasa. “Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya tidak menyambung pengajian sebaliknya terus bekerja. “Setelah bekerja dan mempunyai wang sendiri, semakin ‘ligat’ saya minum air bergas itu. Setiap hari saya akan beli dan minum air berkarbonat,” katanya yang kini berusia awal 40-an. Tambahnya, ada ketikanya dia akan minum bertin-tin minuman tersebut. Namun begitu, selang beberapa tahun kemudian Amin telah disahkan berdepan masalah diabetes pada usia awal 20-an. Selain daripada faktor keturunan, pengambilan minuman berkarbonat yang tinggi kandungan gula tersebut telah menjadi faktor dia berdepan penyakit itu. Lebih buruk, biarpun selepas me...

Guru pulang dari hospital maut, kereta langgar tiang lampu

Image
Guru pulang dari hospital maut, kereta langgar tiang lampu Baca seterusnya di: pakdin.my/167454 HULU SELANGOR – Seorang guru sekolah rendah menemui ajal apabila kereta Proton Ertiga dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu di Kilometer (km) 7.5 Pintasan Rawang menghala ke Serendah, di sini, tengah hari tadi 12/9/2023. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah hari ketika mangsa berusia 39 tahun dalam perjalanan ke rumahnya yang terletak di Serendah. Ujarnya, mangsa yang bertugas di Sekolah Rendah Bukit Beruntung 1, baru sahaja pulang dari Hospital Selayang untuk membuat ujian darah. “Mangsa sedang jalani dialisis dan pergi ke Hospital Selayang seorang diri untuk membuat ujian darah. Sampai di tempat kejadian, pemandu hilang kawalan lalu melanggr tiang lampu di sebelah kiri jalan. “Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala,” katanya dalam kenyataan hari in...

Piala Asia: Hasrat Skuad B-23 muncul juara kumpulan H tidak kesampaian

Image
Piala Asia: Hasrat Skuad B-23 muncul juara kumpulan H tidak kesampaian Baca seterusnya di: pakdin.my/167449 Hasrat skuad bola sepak bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan untuk menjuarai Kumpulan H tidak kesampaian selepas tewas 0-1 kepada Thailand pada aksi Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Stadium Chonburi, Bangkok, Thailand hari ini. Jaringan tunggal penyerang Yotsakon Burapha pada minit ke-20 itu sekali gus memusnahkan harapan Malaysia untuk layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2024, sebaliknya terpaksa menunggu keputusan daripada perlawanan lain bagi mengetahui nasib skuad Harimau Muda. Kekalahan itu menyaksikan skuad negara menamatkan kedudukan di tangga kedua kumpulan manakala Thailand selaku juara kumpulan dan layak secara automatik ke pusingan akhir tahun depan. Pada aksi malam ini, kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu lawan dan rembatan pemain tengah Harimau Muda Nooa Laine hampir membutirkan gol pada minit kesembilan namun sedikit tersasar. Skuad Gajah Put...

[VIDEO] Banjir Libya: 10,000 dikhuatiri hilang

Image
[VIDEO] Banjir Libya: 10,000 dikhuatiri hilang pakdin.my/167442 DERNA, Libya  – Sekurang-kurangnya 10,000 orang dikhuatiri hilang di Libya pada hari Selasa 12 September 2023 dalam banjir yang disebabkan oleh ribut besar, yang memecah empangan, menghanyutkan bangunan dan memusnahkan sebanyak satu perempat daripada bandar timur Derna. Lebih 1,000 mayat telah ditemui di Derna sahaja, dan pegawai menjangkakan jumlah kematian akan lebih tinggi, selepas Ribut Daniel merentasi Mediterranean ke negara yang berantakan akibat konflik selama lebih sedekad. Sebuah bandar pantai dengan kira-kira 125,000 penduduk, menyaksikan kenderaan terbalik di pinggir jalan, pokok tumbang, dan rumah terbiar ditenggelami air.. Mayat bergelimpangan di mana-mana - di laut, di lembah, di bawah bangunan," kata Hichem Abu Chkiouat, menteri penerbangan awam dan anggota jawatankuasa kecemasan. “Jumlah mayat yang ditemui di Derna lebih 1,000,” katanya.  "Adalah tidak keterlaluan bagi saya mengatakan bahawa 25% ...

Rasuah: 5 anggota penguat kuasa direman 6 hari

Image
Rasuah: 5 anggota penguat kuasa direman 6 hari BACA di: pakdin.my/167437 ALOR SETAR: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan di negeri ini, antara 2018 hingga 2021. Perintah reman terhadap kesemua mereka dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor di Kompleks Mahkamah Alor Setar. Terdahulu, kesemua individu terbabit tiba di perkarangan mahkamah jam 8.30 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lima individu terbabit antara sembilan penguat kuasa yang ditahan SPRM semalam, kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan dan 'runner' antara 2018 hingga 2021. Semua anggota penguat kuasa itu disyaki menerima rasuah terbabit sebagai balasan bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bot-bot nelayan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Turut ditahan semalam, ialah ...
Image
Bom tangan ditemui di tapak pengurusan sisa pepejal BACA di: pakdin.my/167433 BUKIT MERTAJAM, 12 Sept (Bernama) -- Pekerja di tapak pengurusan sisa pepejal di Ampang Jajar di sini gempar selepas seorang daripada mereka menjumpai bom tangan di situ semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bahan letupan terbabit pada 1.30 tengah hari sebelum sepasukan polis terus ke lokasi untuk membuat pemeriksaan. "Pemeriksaan awal polis mendapati tapak pengurusan sisa pepejal itu terletak di kawasan berbukit dan berpagar, manakala objek yang disyaki bom tangan itu dijumpai dalam keadaan berkarat serta lengkap sifatnya. “Pihak Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang hadir membuat pemeriksaan keselamatan di lokasi seterusnya menjalankan proses pemusnahan di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Tan, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan bom...

Luaskan sumber hasil negara, GST perlu diperkenalkan semula

Image
Luaskan sumber hasil negara, GST perlu diperkenalkan semula BACA seterusnya di: pakdin.my/167428 Kerajaan perlu melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dimansuhkan sebelum ini bagi meluaskan sumber hasil negara. Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Anak Mongin berkata, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen bulan depan juga wajar disokong bagi menambah baik pengurusan hutang. "Untuk kemampanan fiskal dan sistem kewangan, saya amat bersetuju dengan saranan supaya memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal agar negara dapat menggalakan tadbir urus fiskal akauntibiliti dan ketelusan bagi memastikan kemampanan fiskal serta menyokong kestabilan makroekonomi. "Saya juga ingin sekali lagi mencadangkan, demi untuk memperluaskan hasil negara, negara perlu pertimbangkan pelaksanaan GST pada kadar 3 hingga 4 peratus," katanya dalam sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe...