KTM Kulai- JB: Tren lama tapi tambang 3 kali lebih mahal dari komuter Lembah Klang
Eksklusif Untuk Bangsa Johor: Nikmati Pengalaman 'Vintage' KTM Dengan Harga Kayangan Berita baik untuk seluruh warga Johor! Akhirnya, sistem pengangkutan awam kita diangkat ke satu "tahap yang lebih berprestij". Kalau orang Lembah Klang dan Seremban asyik disajikan dengan tren komuter serba baharu, moden, dan membosankan, kerajaan nampaknya ada perancangan yang jauh lebih "istimewa" dan berjiwa klasik untuk Bangsa Johor laluan Kulai - JB. Berikut adalah beberapa "keistimewaan" Komuter Johor yang patut kita raikan bersama: 1. Pengalaman Menaiki Gerabak 'Bersejarah' Kita patut berterima kasih kepada Kementerian Pengangkutan dan YB Anthony Loke . Mereka sangat memahami bahawa jiwa warga Johor ini penuh dengan apresiasi terhadap nilai sejarah dan nostalgia. Sebab itulah kita tidak dipinggirkan daripada merasai pengalaman menaiki tren berusia 24 hingga 36 tahun. Bayangkan, tren komuter yang dihantar ke Johor ini sudah cukup umur untuk ...