Nak kelabu mata penganut Pakatun dan Protun. Sebenarnya berbillionboleh dibelanjakan oleh bekas kroni Mahathir dan berjuta dah dibelanjakan untuk Kelab Anti Najib.
KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen Padang Rengas ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang bermula 1 September 2016. Presiden KTMB, Datuk Sarbini Tijan berkata perkhidmatan itu yang telah bermula 2 September lepas bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai dengan menawarkan 22 perkhidmatan pergi dan balik setiap hari. "Kekerapan perkhidmatan tren adalah setiap 60 minit untuk waktu puncak iaitu di antara 5.30 pagi hingga 9 pagi dan 6 petang hingga 8 malam," katanya ketika berucap pada majlis perasmian perkhidmatan komuter utara itu yang disempurnakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau berkata sebelum ini pihaknya telah menawarkan tambang yang berpatutan dari stesen Taiping-Kamunting dengan RM1 bagi dewasa dan tambang maksimum bagi dewasa bernilai RM17.20 dari stesen Padan...
Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri [LINK: https://pakdin.my/?p=153341 ] Perak,PerakTindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baru dilancarkan pada 21 Dis lepas, tidak memberi kesan kepada kestabilan kerajaan negeri. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ini kerana ketiga-tiga ADUN tersebut tidak menarik sokongan kepada kerajaan negeri dan hanya bertukar parti. “Selagi kerajaan ada kerusi yang mencukupi, tidak ada apa kesan sebab sekarang kita ada 36 kerusi yang menyokong kerajaan sedia ada. Tiga ADUN itu mengatakan mereka hanya tukar parti dan tidak menarik sokongan pada kerajaan negeri jadi ia tidak memberi apa-apa kesan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan projek pecah tanah kerja naik taraf Jalan Tambun di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Tiga wakil rakya...
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Malaysia pada Isnin (6 Jan) meluluskan rayuan oleh mantan Perdana Menteri Najib Razak untuk memperolehi dokumen yang menurutnya, membolehkan beliau untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah. Encik Najib yang dihukum penjara berhubung skandal 1MDB, mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah pada Julai lalu, yang menolak tuntutannya untuk mengesahkan kewujudan dan melaksanakan titah diraja, yang dia katakan membenarkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah. Dia menegaskan 'titah adendum' daripada bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengiringi keputusan lembaga pengampunan pada Februari tahun lalu untuk mengurangkan separuh hukuman penjara bagi kesalahan rasuah dalam skandal 1MDB kepada enam tahun daripada 12 tahun. Namun tidak jelas sama ada dokumen itu wujud.
Comments
Post a Comment