Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu


Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

BACA seterusnya: https://pakdin.my/160401

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam kejadian di sebuah sekolah menengah dekat Bukit Sentosa di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, wanita yang menjadi mangsa adalah guru disiplin berusia 52 tahun yang ketika itu sedang membuat rondaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata guru wanita terbabit menerima laporan daripada seorang guru berhubung pelajar lelaki berusia 15 tahun berambut panjang.

Beliau berkata, susulan itu mangsa kemudian bertindak menggunting rambut pelajar lelaki terbabit.

"Bagaimanapun, pelajar lelaki itu marah dan mengugut mahu membunuh mangsa dan memukul guru itu menggunakan batang penyapu.

"Akibat pukulan itu, mangsa cedera di mata kirinya," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Arsad berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan ke sebuah rumah dan menahan pelajar itu.

"Hasil ujian air kencing terhadap pelajar terbabit adalah negatif dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.

"Pelajar itu ditahan reman bermula hari ini hingga esok bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 506 (KK)," katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL