[VIDEO] Peniaga tetap berniaga walau khemah dibadai angin ribut
[VIDEO] Peniaga tetap berniaga walau khemah dibadai angin ribut
BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162827
BAGAN SERAI – Sebanyak enam buah khemah peniaga bazar Ramadan di Alor Pongsu, Bagan Serai rosak akibat dibadai angin ribut kira-kira pukul 2.30 petang 25 Mac 2023.
Peniaga, Salina Che Tahe, 42, berkata, ketika kejadian dia berada di hadapan kaki lima sebuah kedai di tapak bazar tersebut.
“Angin kencang datang dari arah bangunan Dewan Orang Ramai Alor Pongsu menyebabkan beberapa buah khemah terbang ditiup angin. Ada antara khemah tersebut patah besi dan koyak.” ketika ditemui di tapak bazar ramadan Alor Pongsu di sini hari ini.
Seorang lagi peniaga, Robitah Razak, 37, berkata, dia mendapat tahu tentang kejadian itu setelah dihubungi oleh jiran niaganya.
“Sebaik tiba di lokasi, saya lihat dua buah khemah di tapak saya seolah-olah runtuh separuh kerana besinya patah, manakala barangan niaga masih dalam keadaan selamat,” katanya.
Menurutnya, khemah berniaga di kawasan itu disewa pada harga RM400 sebulan
Sementara itu di di Kampung Jalan Baru Alor Pongsu sebuah rumah kediaman dan kedai makannya musnah dihempap sebatang pokok ketika angin ribut melanda.
Pemilik rumah,Anis Suraya Aziz berkata,ketika kejadian dia berada dirumah adiknya yang terletak kira -kira 10 meter dari rumahnya.
Dia berada dirumah adiknya ketika hujan mulai turun dan tidak lama selepas itu kian lebat dan angin kencang mula melanda dikawasan itu.
"Saya tidak menyangka sama sekali,angin kuat itu telah menyebabkan pokok yang berada disebelah hadapan jalan tumbang menghempap rumah dan kedai makan.
"Saya tergamam dan kelu lidah melihat rumah kediaman hampir musnah.
"Kedai makan yang bersambung dengan rumah musnah juga turut musnah."katanya ketika ditemui dilokasi pada petang tadi.
Menurutnya,semua barang jualan mee rebus yang telah siap untuk dijual dibazar ramadan Alor Pongsu juga semuanya musnah dalam kejadian itu.
"Saya bersyukur ketika kejadian saya bersama dua orang anak yang masih kecil tidak berada didalam rumah.
"Saya pun tidak tahu macam mana nak membaikpulih semula rumah dan kedai ini dengan keadaan kekangan kewangan pada masa ini."katanya
Menurutnya,suaminya hanya bekerja kilang dengan pendapatan lebih kurang RM1700 sebulan.
"Kedai kecil yang ada bersambung dengan rumah ini merupakan salah satu usaha saya dalam menambah pendapatan untuk kami sekeluarga.
"Saya hanya berniaga secara kecil -kecilan sahaja dikampung ini, sedikit sebanyak kedai kecil ini dapat juga membantu dan menampung keperluan harian."katanya
"Saya amat mengharapkan agar ada pihak -pihak yang dapat membantu membaikpulih semula rumah dan kedai kecil saya ini.
"Dengan keadaan pendapatan yang sedia ada sudah tentu kami tidak mampu untuk memperbaiki semula kediaman dan kedai ini."katanya
Sementara itu,Ahli Parlimen Bagan Serai,Datuk Idris Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Alor Pongsu,Noor Azman Ghazali turut dilihat telah turun padang menziarahi mangsa -mangsa ribut di Kampung Jalan Baru termasuk di Tapak Bazar Ramadan Alor Pongsu.
Dalam kejadian ribut sekitar 2.30 petang ini,sebanyak 3 buah rumah dan enam buah khemah peniaga rosak akibat dibadai angin ribut.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga Anis Suraya boleh berbuat demikian melalui akaun maybank 1584 1713 7253 Anis Suraya Aziz.
Comments
Post a Comment