Posts

Showing posts from June, 2024

[VIDEO] Kastam Perlis patahkan cubaan seludup diesel dan petrol dalam operasi khas bersepadu

Image
PADANG BESAR -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup minyak diesel dan petrol serta rampasan ke atas komoditi lain bernilai RM108,585 dengan cukai dianggarkan RM63,279 dalam Operasi Khas Bersepadu Diesel Bersubsidi bagi tempoh 27 Mei hingga 10 Jun lepas. Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata untuk cubaan menyeludup diesel terdapat empat kes tangkapan berasingan dengan jumlah rampasan sebanyak 811 liter bernilai RM1,781 melibatkan tiga kenderaan bernombor pendaftaran Thailand dan satu kenderaan pendaftaran Malaysia. "Kesemua kenderaan tersebut ditahan ketika melalui Laluan Eksport Kompleks ICQS (Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan) Padang Besar.  "Empat individu warganegara Thailand iaitu dua lelaki dan dua perempuan yang merupakan pemandu kenderaan tersebut berumur antara 31 hingga 49 tahun ditahan untuk membantu siasatan," katanya pada sidang media di sini hari ini. Ismail berkata untuk petrol juga te