Perdana Menteri Thailand tolak seruan Anwar untuk gencatan senjata jam 10 Malam Ini
Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, telah menjelaskan melalui satu hantaran dalam talian bahawa tiada gencatan senjata dengan Kemboja yang akan bermula pukul 10 malam ini 14 Disember 2025, seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim dalam kapasitinya sebagai Pengerusi ASEAN.
Beliau berkata, jika ingin ada gencatan senjata, permohonan tersebut mesti dikemukakan secara langsung kepada Thailand oleh Kemboja, bukan melalui pemimpin negara ketiga.
Perdana Menteri tersebut menyatakan bahawa tiada sebarang perbincangan dengan Kemboja mengenai gencatan senjata pada hari ini, sambil beliau meminta media hanya mendengar maklumat yang diberikan dua kali sehari oleh pihak tentera Thailand.
"Ia tidak mungkin. Tiada sesiapa boleh menyuruh kita mesti ada gencatan senjata pukul 10 malam ini," kata Anutin sambil menegaskan bahawa Thailand sedang mengalami pencerobohan oleh Kemboja dan kedaulatan negara sedang diancam.
Beliau menyatakan bahawa angkatan tentera Kemboja mula melepaskan tembakan ke sasaran awal pagi ini, sambil menambah bahawa jika Kemboja benar-benar mahukan gencatan senjata, mereka mesti menarik semua senjata berat mereka menjauhi sempadan.
Mengenai rakyat Thailand di bandar sempadan Kemboja, Poipet, yang dihalang oleh pihak berkuasa Kemboja daripada pulang ke Thailand, Perdana Menteri berkata beliau berharap Kemboja tidak akan mengambil mereka sebagai tebusan, kerana mereka tiada kena-mengena dengan konflik bersenjata semasa.
===============
Thai PM rejects Anwar’s call for 10pm ceasefire tonight
Prime Minister Anutin Charnvirakul has made clear, through a post online, that there will be no ceasefire with Cambodia starting at 10pm tonight Disember, 14 2025, as proposed by Malaysian Prime Minister Anwar Ibrahim in his capacity as ASEAN chair.
He said that, if there is to be a ceasefire, it must be proposed directly to Thailand by Cambodia, not through the leader of a third country.
The prime minister said that there has not been any talk with Cambodia about a ceasefire today, as he asked the media to listen only to the information provided twice a day by the Thai military.
“It is not possible. No one can tell us that there must be a ceasefire at 10pm tonight,” said Anutin as he stressed that Thailand is being subjected to aggression by Cambodia and the country’s sovereignty is being threatened.
He noted that Cambodian forces started shelling civilian targets this morning, adding that, if Cambodia sincerely wants a ceasefire, it must pull all its heavy weapons away from the border.
Regarding Thai people in the Cambodian border town of Poipet, who have been prevented from returning to Thailand by Cambodian officials, the prime minister said that he hopes Cambodia will not hold them hostage, because they have nothing to do with the current armed conflict.

Comments
Post a Comment