MOF sahkan insiden kematian di Bangunan Perbendaharaan
PUTRAJAYA- Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan terdapat insiden kematian di kompleks kementerian berkenaan hari ini.
Menurut kenyataan awal MOF, keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung perkara itu oleh pihak berkuasa.
“MOF turut berdukacita atas kejadian ini dan merakamkan takziah kepada keluarga.
“MOF memberikan kerjasama penuh dan menyerahkan hal ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan,” katanya hari ini.
Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa mengesahkan, pihaknya menerima laporan mengenai seorang pegawai lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dalam Pejabat Perbendaharaan, MOF.
Bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya ditugaskan ke tempat kejadian.
Pegawai itu ditemukan dalam keadaan leher dan kaki terjerut dengan pengikat kabel di lantai pejabat tersebut.
Hasil pemeriksaan mendapati si mati dalam keadaan terbaring atas lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki terjerut menggunakan ‘cable tie’ (pengikat kabel).
Mangsa berusia 45 tahun dan merupakan kakitangan jabatan berkenaan. Tiada sebarang unsur jenayah ditemukan di tempat kejadian.
Polis mengklasifikasi kes sebagai kematian mengejut dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.
Sementara itu, Polis Kuala Lumpur mengesahkan penemuan mayat seorang Pegawai Tribunal Rayuan Kastam dalam Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan di Putrajaya, pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 10.56 pagi.
“Bertindak di atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya digerakkan ke tempat kejadian.
“Pemeeiksaan awal mendapati lelaki itu dalam keadaan terbaring atas lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki terjerut menggunakan ‘cable tie’,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pegawai berusia 45 tahun itu merupakan kakitangan jabatan berkenaan.
“Mangsa dipercayai menjerut diri sendiri dengan ‘cable tie’. Pergerakan mangsa dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) pejabat berkenaan.
“Tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian dan kes tersebut diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” jelasnya.
Mayat pegawai itu dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi, Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.
“Polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Putrajaya menerusi 03-88862222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Bangunan Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia ialah kompleks yang menempatkan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Berikut ialah beberapa maklumat penting mengenai Bangunan Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia:
- Lokasi:
- Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia terletak di No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya.
- Fungsi:
- Bangunan ini berfungsi sebagai ibu pejabat Kementerian Kewangan Malaysia, yang bertanggungjawab untuk merancang dan menguruskan kewangan negara.
- Kementerian Kewangan Malaysia terdiri daripada Royal Bea dan Cukai, Jabatan Penilaian dan Harta Perkhidmatan, Jabatan Negara Akauntan Malaysia, dalam Negeri, Sekuriti Suruhanjaya, dan Bank Negara Malaysia.
- Peranan Kementerian Kewangan Malaysia:
- Kementerian Kewangan Malaysia memainkan peranan penting dalam pengurusan ekonomi negara, termasuk penyediaan belanjawan tahunan, penggubalan dasar fiskal, dan pengawasan sistem kewangan.
- Berita berkaitan bangunan perbendaharaan:
- Baru-baru ini terdapat berita mengenai insiden kematian yang berlaku di dalam Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia. Pihak kementerian telah memberi kerjasama penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) untuk menjalankan siasatan.
Comments
Post a Comment