[Video] Polis berjaya menahan van membawa mercun seludup


[Video] Polis berjaya menahan van membawa mercun seludup  

Selanjutnya di: https://pakdin.my/158348   

JERTEH – Polis merampas mercun seludup bernilai RM30,000 selepas menahan sebuah van di tepi jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Keladi di Hulu Besut, di sini pada jam 11.15 pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, terdahulu van itu dikejar oleh enam kereta peronda polis (MPV) sejauh 70 kilometer (km) dari Pasir Mas, Kelantan sebelum polis berjaya menahan seorang suspek pada jam 11.15 pagi, namun seorang lagi suspek telah meloloskan diri.

Beliau berkata, kejadian bermula apabila anggota polis dari cawangan MPV Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas yang melakukan tugas ronda cegah jenayah melihat sebuah van berwarna putih yang mencurigakan, lalu pemandunya diarahkan berhenti untuk pemeriksan.

"Suspek sebaliknya bertindak memecut kenderaannya ke arah Tanah Merah melalui Machang dan Pasir Putih, Kelantan sebelum memasuki daerah Besut,” katanya pada sidang media di IPD Besut, di sini hari ini.

Katanya, van dipandu suspek yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu turut melanggar sebuah kenderaan orang awam di bandar Jerteh ketika cuba meloloskan diri.

Abdul Rozak berkata, keseluruhan rampasan termasuk van itu dianggarkan bernilai RM120,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.





Maklumat lanjut menyusul

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP