Kes penjual belon tanpa lesen, polis buka tiga kertas siasatan


 Polis menerima tiga laporan berhubung kes pergelutan antara anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan seorang penjaja belon di kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, yang tular baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azry Akmar Ayob berkata laporan polis pertama dibuat seorang anggota penguat kuasa DBKL semalam dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Beliau berkata laporan kedua juga dibuat seorang lagi anggota penguat kuasa DBKL, pada hari sama atas penyebaran gambar pengadu laporan pertama yang dimuat naik di aplikasi Facebook berserta ugutan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

DBKL dalam kenyataan sebelum ini berkata insiden itu berlaku susulan penjaja berkenaan enggan memberi kerjasama mematuhi arahan penguat kuasa selain didakwa bertindak agresif terhadap anggota bertugas.

Azry Akmar berkata laporan ketiga dibuat ibu kepada penjaja belon yang menyatakan bahawa anaknya itu telah mengalami kecederaan akibat pergelutan yang berlaku dan pihaknya telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Mahkamah Rayuan luluskan permohonan Najib peroleh dokumen jalani baki hukuman penjara di rumah