#PRNJohor: Ceramah, kempen fizikal, ziarah ke rumah dibenarkan SPR
#PRNJohor: Ceramah, kempen fizikal, ziarah ke rumah dibenarkan SPR [ https://pakdin.my/?p=155026 ] Bagi kempen ziarah ke rumah, hanya lima orang dibenarkan menyertainya dan tidak dibenarkan memasuki atau berjumpa pemilik rumah. Penganjuran ceramah, ziarah ke rumah dan aktiviti ‘walkabout’ antara yang dibenarkan dalam prosedur operasi standard (SOP) sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor, bulan depan. Bagaimanapun, penganjuran ceramah hanya dibenarkan di pejabat dan bilik gerakan parti yang rasmi dengan tidak melebihi 100 orang, termasuk penganjur, penceramah, urusetia dan peserta. SOP dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, pihak penganjur perlu mendapatkan permit daripada polis dan tempoh setiap sesi ceramah hanya dibenarkan selama dua jam sahaja dan tidak melebihi jam 10 malam. “Ceramah premis yang terbuka atau tempat umum tidak dibenarkan,” katanya dalam senarai SOP yang dikeluarkan, hari ini. “Calon dibenarkan berkempen melalui kenderaan yang dipasang deng...