Posts

Showing posts with the label RCI TH

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Image
Asal Baca Sahaja Apa Yang Diberi? Menteri Agama, Zulkifli Hasan telah membuat kenyataan tidak tepat di Parlimen berhubung isu RCI Tabung Haji. Beliau menuduh bahawa Tabung Haji dahulu telah mengabaikan teguran Bank Negara Malaysia (BNM). Namun, fakta rasmi menunjukkan sebaliknya. Pada 26 Januari 2016, Bank Negara Malaysia sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi melalui laman webnya yang mengakui bahawa Lembaga Tabung Haji telah mengambil langkah-langkah penambahbaikan berdasarkan teguran dan penglibatan sebelum itu. Dalam kenyataan bertajuk Pemantauan terhadap institusi kewangan bukan bank , BNM menyatakan: “ Berhubung dengan Lembaga Tabung Haji, institusi ini telah secara proaktif mengambil langkah-langkah wajar untuk terus memantapkan amalan pengurusan risikonya atas inisiatif sendiri dan susulan perbincangan dengan Bank sebelum ini. Langkah-langkah ini akan memperkukuh kedudukan kewangan institusi ini yang mampan pada masa hadapan. ” Lihat sini: https://www.bnm.gov.my/-/pemantauan-ter...