Posts

[VIDEO] Pembelaan Najib tampil bongkar percanggahan saksi pendakwaan, tekankan bukti derma Saudi tidak direka

Image
 Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak pada Isnin menegaskan wujud percanggahan ketara dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam perbicaraan akhir kes penyelewengan dana 1MDB, khususnya berkaitan isu derma daripada keluarga diraja Arab Saudi. Peguam Najib, Dato’ Hasnal Rezua Merican, berkata bahawa dua saksi utama pendakwaan, iaitu Joanna Yu dari AmBank dan bekas pegawai Jho Low, Jasmine Loo, telah memberikan dua versi cerita yang saling bercanggah berhubung asal-usul empat surat sumbangan Arab Saudi yang menjadi isu utama dalam kes itu. Menurut Joanna Yu, keempat-empat surat derma tersebut telah diterima oleh AmBank menjelang Jun 2014, manakala Jasmine Loo pula mendakwa surat-surat itu dipalsukan pada Januari 2015 di Mayfair, London, oleh Kee Kok Thiam, atas arahan Jho Low. “Maknanya, pihak pendakwaan sendiri membawa dua cerita yang bercanggah. Bagaimana surat yang sudah diterima pada Jun 2014 boleh dikatakan dipalsukan pada Januari 2015?” kata Hasnal di video penerangannya...

Tidak pernah minta kekebalan tapi keadilan yang saksama – Najib

Image
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak pernah menuntut sebarang bentuk kekebalan, sebaliknya hanya mahukan kesaksamaan dan hak dilindungi di bawah undang-undang, sama seperti individu lain yang dibicarakan atas pertuduhan jenayah yang dihadapi. “Saya hanya menuntut kesaksamaan, hak untuk diberikan perlindungan undang-undang sepertimana mana-mana individu lain yang dibicarakan sebelum saya. “Oleh yang demikian, keputusan Yang Arif dalam kes ini akan memberi kesan yang melangkaui kedudukan saya sendiri, ia akan menentukan bentuk prinsip keadilan yang diamalkan di negara ini,” katanya ketika membaca kata-kata pengantar dalam kendang tertuduh sebelum hujahan diakhir kes pembelaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bersidang di Mahkamah Putrajaya. Kata-kata pengantar itu disediakan oleh Najib sendiri semasa di Kompleks Penjara Kajang pada 26 September lalu. Menurut beliau, keputusan hakim bicara dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development B...

Gempa lemah magnitud 2.9 di perairan Batu Pahat: Tiada ancaman tsunami

Image
Satu gempa bumi lemah magnitud 2.9 sekali lagi dikesan di perairan Batu Pahat pada pukul 3.55 petang, 5 Oktober 2025. Menurut data dari laman web MyGempa Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), pusat gempa bumi terletak kira-kira 17 kilometer barat Batu Pahat pada kedalaman kira-kira 8 kilometer. Pihak berkuasa tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk yang merasai gegaran, dan MET Malaysia mengesahkan bahawa kejadian ini tidak mengancam tsunami. Perairan Batu Pahat sebelum ini pernah mengalami dua kali gempa lemah pada 31 Ogos dan 27 September, masing-masing pada magnitud 2.9 dan 3.5.

Masa jadi pembangkang tangkas, dah jadi menteri gagal menguasai komunikasi media sosial

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegur segelintir menteri yang menurutnya kini gagal menguasai komunikasi media sosial walaupun sebelum ini lantang dan tangkas ketika berada di blok pembangkang. Katanya, perubahan landskap komunikasi politik masa kini memerlukan kecekapan mengurus naratif di pelbagai platform, bukan sekadar bergantung kepada media konvensional. “Ada menteri yang dulu waktu pembangkang sangat tangkas di media sosial, tapi bila dah masuk kementerian, dah tak pandai urus media. Lambat menangani isu,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Kilauan Mutiara FBMK sempena sambutan tiga dekad penubuhan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), di Dewan Besar UPM malam ini. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kegagalan menguasai media sosial boleh menyebabkan pemimpin atau parti tewas dalam pilihan raya walaupun memiliki pencapaian dasar yang baik. Jelas beliau, komunikasi politik kini beralih kepada strategi kandunga...

SRT berjaya uji tren “MySawasdee” dengan Malaysia, laluan dilanjutkan ke Surat Thani

Image
Keretapi Negeri Thailand (SRT) telah menguji tren pelancong merentas sempadan "MySawasdee" dengan Malaysia, sekaligus memperluas perkhidmatannya ke Surat Thani bagi mengukuhkan pelancongan, hubungan ekonomi, dan pertukaran budaya. Veeris Ammarapala, Gabenor Keretapi Negeri Thailand (SRT), memaklumkan bahawa SRT telah berjaya menguji tren "MySawasdee" hasil kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di antara stesen Padang Besar dan Surat Thani dari 21 hingga 23 September. Ujian tersebut berjalan dengan lancar dan menandakan satu langkah penting dalam mempromosikan pelancongan berasaskan kereta api, seterusnya mengukuhkan hubungan ekonomi, budaya, dan persahabatan antara kedua-dua negara. Kerjasama ini berpunca daripada Persidangan Bersama KTMB-SRT ke-42 pada tahun 2024, di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan laluan tren pelancong "MySawasdee" melepasi Hat Yai Junction ke Surat Thani. Peluasan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan pe...

PRN Sabah: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

Image
 Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan parti Maju Sabah (SAPP) akan bertanding sendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 selepas mengesahkan mereka akan menggunakan logo parti masing-masing dan bukan simbol Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Tindakan itu menyebabkan kedua-dua parti tidak lagi berada dalam GRS susulan keputusan Majlis Tertinggi bahawa mana-mana parti komponen yang bertanding menggunakan logo sendiri tidak lagi menjadi sebahagian daripada gabungan berkenaan. Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata perkara itu dimuktamadkan dalam mesyuarat malam tadi yang berlangsung hampir dua jam, dipengerusikan Datuk Seri Hajiji Noor dan dihadiri presiden parti komponen. Beliau berkata Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee memaklumkankeputusan tersebut dibuat kerana tidak mahu terikat dengan kuota agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dimuktamadkan antara GRS dan Pakatan Harapan (PH). “Ini bermakna...

Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Image
TAHUN ini merupakan tahun yang cukup malang bagi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor. Seharusnya beliau sudah mengadakan pilihan raya negeri pada masa ini, namun satu demi satu peristiwa 'black swan' menghalang perancangannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. 'Black swan' adalah metafora bagi peristiwa yang mengejutkan semua pihak, dan Hajiji pasti tidak bersedia untuk rentetan kejutan yang menimpa beliau. Nasib seolah-olah seperti 'sudah jatuh sitimpa tangga' dengan Ketua Menteri (KM) dan minggu ini, kerajaannya sekali lagi diletakkan dalam kontroversi apabila Timbalan Ketua Menteri (TKM) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dituduh terlibat dalam satu skandal rasuah. Tidak lama sebelum ledakan kes rasuah ini, Hajiji memberitahu pemberita bahawa pilihan raya tidak lagi menjadi misteri. Dewan Undangan Negeri Sabah akan dibubarkan secara automatik pada tengah malam 11 November, selepas itu pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. Apa yang mungkin...