Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa.
Selanjutnya di: https://pakdin.my/158449
IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai di sini pada Ahad.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, kaki bahagian kiri itu ditemui oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) yang ditugaskan untuk mengesan kedua-dua mangsa kira-kira jam 5.05 petang.
Menurutnya, anggota badan itu dijumpai dalam jarak 300 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat sebelum hilang.
"Berikutan itu, operasi kini giat dijalankan untuk mengesan kedua-dua mangsa yang masih hilang.
"Bantuan daripada Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM dan Pasukan Gerakan Am (PGA) diperlukan bagi membantu operasi yang ditangguhkan sementara," katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Kampung Pos Atap Baru di sini.
Menurutnya, operasi akan digerakkan semula pada jam 8 pagi pada Isnin dengan memfokus kawasan laluan air sepanjang 800 meter.
Sinar Harian melaporkan dua wanita dilaporkan hilang ketika mendaki bersama 27 pendaki lain di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai di sini pada Ahad dikhuatiri dihanyutkan kepala air.
Mangsa yang hilang dikenali sebagai See Su Yen, 32 dan Ng Yee Chew, 46, masing-masing dari Cheras dan Klang.
Lokasi kejadian adalah di Hutan Simpan Kekal Gunung Suku yang terletak lebih kurang 3 jam perjalanan kaki dari jalan utama.
Semasa kejadian pada jam 5 pagi, sekumpulan pendaki gunung seramai 29 orang telah mendengar bunyi air dan tanah runtuh di atas gunung lalu mengambil keputusan untuk berpatah balik.
Namun, semasa dalam perjalanan turun ke kaki bukit, kepala air menimpa kumpulan pendaki tersebut dan dua daripada mereka (wanita) telah dihanyutkan oleh arus deras.
Comments
Post a Comment