Jacky, Jimmy-Pei Jing naib juara Cabaran Antarabangsa Vietnam 2025


Perseorangan badminton lelaki negara Jacky Kok bergelar naib juara Cabaran Antarabangsa Vietnam 2025 selepas tewas kepada pemain Thailand, Puritat Arree, dalam pertarungan final sengit di Hanoi.

Beraksi di Stadium Daerah Tay Ho, Hanoi, pemain ranking ke-86 dunia itu memberikan tentangan hebat sebelum tunduk 21-23, 21-17, 15-21 kepada Puritat pada pertarungan selama 83 minit.

Kekalahan ini juga menamatkan rekod kemenangan Jacky ke atas lawannya selepas mencatat dua kemenangan dalam pertemuan sebelum ini.

Turut mengikut jejak langkahnya ialah beregu campuran profesional negara Jimmy Wong-Lai Pei Jing, yang tewas kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Ng Tsz Yau, 19-21, 19-21.

Biarpun sekadar naib juara, Jimmy-Pei Jing wajar dipuji selepas berjaya mara ke final dalam kejohanan pertama mereka sebagai gandingan baharu negara.

Pei Jing kini dalam usaha menyesuaikan diri dengan pasangan baharu selepas ‘kehilangan’ rakan sepasukannya Tan Kian Meng yang mengumumkan persaraan pada awal tahun ini.

Gandingan Kian Meng-Pei Jing menutup lembaran karier kompetitif mereka di pentas All England pada awal Mac ini.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Mahkamah Rayuan luluskan permohonan Najib peroleh dokumen jalani baki hukuman penjara di rumah