Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?
Asal Baca Sahaja Apa Yang Diberi?
Menteri Agama, Zulkifli Hasan telah membuat kenyataan tidak tepat di Parlimen berhubung isu RCI Tabung Haji. Beliau menuduh bahawa Tabung Haji dahulu telah mengabaikan teguran Bank Negara Malaysia (BNM).
Namun, fakta rasmi menunjukkan sebaliknya.
Pada 26 Januari 2016, Bank Negara Malaysia sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi melalui laman webnya yang mengakui bahawa Lembaga Tabung Haji telah mengambil langkah-langkah penambahbaikan berdasarkan teguran dan penglibatan sebelum itu.
Dalam kenyataan bertajuk Pemantauan terhadap institusi kewangan bukan bank, BNM menyatakan:
“Berhubung dengan Lembaga Tabung Haji, institusi ini telah secara proaktif mengambil langkah-langkah wajar untuk terus memantapkan amalan pengurusan risikonya atas inisiatif sendiri dan susulan perbincangan dengan Bank sebelum ini. Langkah-langkah ini akan memperkukuh kedudukan kewangan institusi ini yang mampan pada masa hadapan.”
Lihat sini: https://www.bnm.gov.my/-/pemantauan-terhadap-institusi-kewangan-bukan-bank
BNM menegaskan bahawa walaupun Tabung Haji tidak berada di bawah penyeliaan langsung bank pusat, nasihat yang diberikan bertujuan memastikan institusi tersebut terus diurus dengan baik dan mampu melaksanakan peranannya dengan berkesan demi kestabilan kewangan.
Ini jelas menunjukkan bahawa Tabung Haji tidak mengabaikan teguran BNM, sebaliknya bertindak proaktif dan responsif.
Tuduhan bahawa Tabung Haji “mengabaikan” nasihat BNM adalah tidak berasas dan bertentangan dengan rekod rasmi bank pusat itu sendiri. Membuat kenyataan sedemikian di Parlimen tanpa tabayyun (penelitian dan pengesahan) adalah tindakan yang serius. Risiko berbohong di Parlimen boleh membawa kepada tindakan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Tidak berguna memulakan ucapan dengan ayat Al-Quran jika isinya berbelit dengan maklumat yang tidak tepat atau memutarbelitkan fakta. Kebenaran mesti diutamakan, terutama apabila melibatkan institusi penting seperti Tabung Haji dan kenyataan rasmi Bank Negara Malaysia.

Comments
Post a Comment