EPL: Man. United dan Man. City tewas, Arsenal kembali unggul


EPL: Man. United dan Man. City tewas, Arsenal kembali unggul

BACA seterusnya di: pakdin.my/168512

LONDON – Dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Manchester City mengalami kekalahan mengejut pada saingan malam ini.

United yang dikendalikan oleh Erik Ten Hag tewas kepada Crystal Palace hasil jaringan tunggal yang dilakukan oleh Joachim Andersen pada minit ke-25.

Skuad The Red Devils berusaha untuk bangkit mencari gol penyamaan tetapi kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus merekodkan kekalahan ke-4 pada saingan musim ini.

Sementara itu, City selaku pendahulu EPL tewas buat kali pertama kepada Wolverhampton dengan keputusan 1-2 di Stadium Molineux.

City meraih gol tunggal hasil jaringan Julian Alvarez manakala tuan rumah mendapatkan jaringan menerusi gol sendiri pertahanan City, Ruben Dias dan penyerang Korea Selatan, Hwang Hee-chan.

Pasukan Arsenal pula kembali berada di landasan kemenangan selepas mudah menewaskan Bournemouth 4-0 di tempat lawan.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu mendapatkan gol menerusi jaringan Bukayo Saka, Martin Odegaard pada babak pertama sebelum Kai Havertz dan Ben White menambah jaringan sebelum wisel penamat ditiupkan.

Matheus Nunes, Pemain tengah Portugal mendapat ejekan dari penonton setiap kali dia menyentuh bola dan digantikan pada separuh masa.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP