Remaja ditahan kerana membunuh gadis dengan melemaskannya kedalam kolam
Remaja ditahan kerana membunuh gadis dengan melemaskannya kedalam kolam
BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168522
NAKHON RATCHASIMA: Dua remaja perempuan berusia 13 dan 15 tahun ditahan kerana didakwa membunuh seorang pelajar sekolah berusia 15 tahun dengan melemaskannya secara paksa di dalam kolam di daerah Bua Yai. Kejadian itu dilaporkan akibat rasa cemburu selepas mangsa rapat dengan teman lelaki salah seorang suspek.
Pol Kol Thatchaphon Songsaeng, ketua balai polis Bua Yai, dan pegawai menjalankan lakonan semula jenayah di kolam Bueng Hua Yai pada hari Sabtu 30 September 2023 dengan kedua-dua suspek, yang namanya dirahsiakan). Penduduk yang marah berkumpul di tempat kejadian untuk mengutuk mereka.
Penahanan itu diakukan pada Jumaat (29/9/2023) selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup, menunjukkan kedua-dua suspek tiba di rumah mangsa di Bua Yai dengan motosikal pada petang Rabu. Mereka kemudian membawa gadis itu ke kolam, di mana mayatnya ditemui terapung pada pagi Khamis (28/9/2023).
Menurut siasatan polis, dua remaja perempuan terbabit bergaduh dengan mangsa, yang merupakan pelajar Mathayom Suksa 3 (Darjah 9) di sebuah sekolah di Bua Yai, sebaik mengetahui dia rapat dengan salah seorang teman lelaki suspek. Perbalahan semakin memuncak, menyebabkan suspek melemaskannya secara paksa di dalam kolam, menyebabkan kematiannya akibat sesak nafas.
Ibu mangsa yang menangis dan saudara mara mengadakan upacara ritual di tempat kejadian untuk memohon rohnya pulang ke rumah, mengikut kepercayaan tempatan.
Pakar psikologi akan dipanggil polis untuk bersama-sama menyoal suspek remaja itu dalam beberapa hari lagi.
Comments
Post a Comment