4 anggota ranger cedera dalam letupan bom motosikal di Narathiwat
NARATHIWAT, 13 APRIL 2025 – Pada kira-kira pukul 6.40 pagi ini, Pusat Radio Balai Polis Rangae, Narathiwat melaporkan satu letupan bom berlaku di tepi tembok Wat Chairattanaram (Wat Ban Thai), bersebelahan kawasan penginapan anggota tentera.
Kamera keselamatan berhampiran lokasi letupan menunjukkan beberapa lelaki tidak dikenali membawa motosikal beroda tiga ke Wat Chairattanaram di Jalan menuju Bulo Ka Deng dan Buenae Sina, Kampung Tan Yong Mas, Daerah Rangae, Narathiwat, bersebelahan kawasan penginapan abggota tentera pasukan Ranger 4503.
Selepas meletakkan kenderaan di tepi tembok kuil, mereka meninggalkan kawasan tersebut dan sejurus kemudian bom meletup pada 6.40 pagi.
Butiran Kecederaan Anggota Ranger:
AS TP Ayuming Duerae: Luka terkena serpihan bom di bahagian belakang kiri.
AS TP Masabri Masae: Sesak nafas dan kesakitan pada tulang rusuk kiri.
AS TP Setthasat Phokamas: Sesak nafas.
AS TP Chaknarong Kongnuan: Sesak nafas.
Pemerintah Wilayah Tentera Ke-4, Leftenan Jeneral Paisal Noosang, memeriksa lokasi kejadian dan mengarahkan langkah keselamatan lebih ketat semasa orang ramai menyambut Songkran.
Menurutnya, langkah kawalan keselamatan tambahan telah dilaksanakan di kawasan perniagaan di empat wilayah selatan Thailand.
Modus Operandi:
Penjenayah dipercayai menaiki motosikal roda tiga ke lokasi, meletakkannya di tepi tembok kuil, kemudian melarikan diri menggunakan kenderaan lain yang datang menjemput.
BACA juga:
Letupan Bom Nyaris Mengenai Kenderaan di Narathiwat
Serangan bom pemberontak di Lapangan Terbang Narathiwat menjelang lawatan Thaksin
Comments
Post a Comment