DSP Mohd Asri pangku jawatan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor


JJawatan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor akan di pangku oleh Deputi Superintenden Polis (DSP) Mohd Asri bin Mohd Yunus yang juga Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor berikutan kenaikan pangkat Superintenden Polis (SUPT) Ahmad Faizal bin Tahrim sebagai Asisten Komisioner Polis (ACP) dan di tukarkan ke Ibu Pejabat, Bukit Aman.

Deputi Komisioner Polis (DCP) Mohd Zaini bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Polis Selangor telah menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor dalam satu majlis yang telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor..

SUPT Ahmad Faizal bin Tahrim bekas Ketua Polis Daerah Hulu Selangor telah menerajui IPD Hulu Selangor selama 2 tahun dan telah dinaikkan pangkat ke Asisten Komisioner Polis (ACP) dan akan menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan) Cawangan Perjawatan, Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Jawatan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, dipangku oleh DSP Mohd Asri bin Mohd Yunus, sehingga arahan selanjutnya.

BACA juga:

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Mahkamah Rayuan luluskan permohonan Najib peroleh dokumen jalani baki hukuman penjara di rumah