Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan


Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia di sini, pada 10.40 pagi ini.

Terdahulu jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Kira-kira 1,000 jemaah menyertai solat jenazah yang diimamkan Ustaz Azmuley Abdul Aziz.

Turut hadir melawat Allahyarham ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan exco kerajaan negeri, pemimpin politik serta penduduk setempat.

Ishsam, 59, meninggal dunia pada 6.28 petang semalam di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dibawa ke hospital itu pada 5.40 petang.

Allahyarham sebelum itu dikatakan rebah ketika menyertai perlawanan persahabatan bola sepak 4 penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown Pulau Pinang.

Van yang membawa jenazah tiba di rumah Allahyarham di Desa Seri Ampang kira-kira 12.30 malam tadi selepas selesai proses bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik HPP.

Kematian Allahyarham kemudian disahkan akibat serangan jantung.


Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Kuning merupakan salah satu daripada 59 kerusi DUN di negeri Perak, Malaysia. Ia terletak di bawah kawasan Parlimen Tapah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Air Kuning

Berikut adalah senarai Ahli Dewan Undangan Negeri Air Kuning dari tahun 2018 sehingga kini:

  • Sidang ke-14 (2018-2022): Samsudin Abu Hassan
  • Sidang ke-15 (2022-2025): Ishsam Shahruddin
  • Sidang ke-15 (2025-kini): Kosong (akan diisi melalui pilihan raya kecil)

Kematian Ishsam Shahruddin

Pada 8 Februari 2025, Ishsam Shahruddin, yang merupakan penyandang kerusi DUN Air Kuning, meninggal dunia ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di Pulau Pinang. Kematian beliau menyebabkan kekosongan kerusi DUN Air Kuning.

Pilihan Raya Kecil

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia akan menetapkan tarikh bagi pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan kerusi DUN Air Kuning.

Maklumat Tambahan

Untuk maklumat lanjut mengenai DUN Air Kuning, anda boleh merujuk kepada sumber-sumber berikut:

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Mahkamah Rayuan luluskan permohonan Najib peroleh dokumen jalani baki hukuman penjara di rumah