MNRB lantik Sulaiman Mohd Tahir sebagai pengerusi baharu


MNRB Holdings Bhd (MNRB) melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Group Datuk Sulaiman Mohd Tahir sebagai Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif berkuat kuasa hari ini.


Sulaiman juga akan akan memegang jawatan Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re) juga berkuat kuasa hari ini.


Beliau menggantikan Datuk Johar Che Mat yang meletak jawatan sebagai Pengerusi MNRB dan Malaysian Re pada 12 Feb, 2025.


MNRB berkata Sulaiman membawa kepakaran yang meluas ke dalam peranan baharunya selepas berkecimpung selama lebih 30 tahun dalam sektor kewangan Malaysia.


“Latar belakang beliau yang luas dalam bidang perbankan dan kewangan, bersama komitmennya terhadap kecemerlangan, akan memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan dan pembangunan berterusan MNRB,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.


Sulaiman sebelum ini memegang beberapa jawatan kepimpinan yang terkenal, termasuk Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Bhd.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Mahkamah Rayuan luluskan permohonan Najib peroleh dokumen jalani baki hukuman penjara di rumah