Kartel padi: Kawalan, monopoli, dan cabaran industri


Kartel padi mengawal keseluruhan rantaian bekalan dengan beberapa taktik utama:
1. Monopoli Benih Padi
• Mereka mengawal penawaran benih, memberi tekanan kepada pesawah untuk bergantung kepada mereka.
2. Kawalan Baja dan Racun
• Bekalan input pertanian seperti baja dan racun sering ditawarkan dengan syarat pesawah harus menjual padi mereka kepada kartel yang sama.
3. Penetapan Harga & Potongan Berat Basah
• Mereka bersatu untuk menentukan harga belian padi, termasuk potongan berat basah yang tinggi, sering menggunakan ugutan berkaitan bekalan benih untuk memastikan pesawah akur.

Namun, yang menjadi persoalan adalah mengapa industri padi kita masih bermasalah walaupun pelbagai skim dan peruntukan kerajaan diwujudkan:
• Jaminan Pembelian Padi
• Skim Pengeluaran Biji Benih
• Subsidi Baja dan Racun

Persoalan Besar: Mengapa Industri Padi Kita Malap?
• Mengapa industri ini penuh dengan kesukaran bagi pesawah tempatan, tetapi berkembang maju di kalangan pihak lain?
• Adakah kita hanya perlu menyalahkan keadaan, atau ada perkara yang perlu diperbaiki?

Saya sendiri diberi peluang untuk mempelajari industri padi sehingga ke Taiwan. Dari segi kaedah, perbezaannya tidaklah begitu besar. Jadi, apa sebenarnya masalah kita?

Perang dengan kartel? Jika semak baik menteri dizaman siapapun.. itulah dialognya..

Mungkin sudah tiba masanya.. iaitu kita bersatu.. ketepikan politik dan momokan.. kita boleh sebenarnya..

Kerana semua ada di tangan kita, kita yang membiarkan orang lain mengambil labanya, asal kononnya kepentingan diri dijaga..

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Mahkamah Rayuan luluskan permohonan Najib peroleh dokumen jalani baki hukuman penjara di rumah