Posts

Showing posts with the label PH

#PRNJohor: Anwar kecewa dengan parti Muda

Image
#PRNJohor: Anwar kecewa dengan parti Muda - Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155342 - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) kerana meletakkan calon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Larkin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) tidak ada masalah terhadap calon yang bertanding dalam PRN Johor tetapi masalah timbul di Dun Larkin membabitkan parti Muda. "Perkara ini akan diserahkan kepada rakyat untuk menilai daripada segi sokongan. "Kita memerlukan pembangkang yang kuat dan konsisten yang tidak boleh disogok atau dibeli, itu yang rakyat perlukan," katanya pada Program Santai Belia Malaysia di Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson, hari ini. Sementara itu, Anwar berkata, PH tidak meletakkan mana-mana calon sebagai calon Menteri Besar tetapi mahu memastikan kemenangan (PRN) dulu. "Perkara itu belum dibincangkan tetapi kita mahu menyelesa
Image
PH musnahkan asas kukuh dibina BN, #PRNJohor untuk kembalikan kestabilan – Hasni [Sumber: https://pakdin.my/?p=154745 ] JOHOR BAHRU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad mendakwa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) telah merosakkan kesinambungan kecemerlangan Johor seperti yang dilakukan ketika Barisan Nasional (BN) berkerajaan dahulu. Katanya, pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) ini sebenarnya memberikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri yang berupaya sebaiknya bagi mentadbir dan mengembalikan kecemerlangan negeri ini. “22 bulan PH memimpin negeri ini ianya telah memperkotak-katikkan begitu banyak asas-asas kukuh yang dibina selama ini, maka tidak selayaknya negeri ini diperlakukan sebegitu sebab itu kita hari ini membuat keputusan yang berani. “Tiada siapa yang menyuruh kita mengadakan PRN tapi atas kesedaran bahawa sekiranya tidak (dilaksana), lagi banyak sengsara yang akan berlaku, sebab itu s

[Video] ‘Sudah-sudahlah menipu, bukti semua ada’, Najib jawab dakwaan Muhyiddin

Image
  [Video] ‘Sudah-sudahlah menipu, bukti semua ada’, Najib jawab dakwaan Muhyiddin [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154594 ] Adakah dia khianat Pak Lah sebab 1MDB? Dia khianat Pak Lah, dia naik dari Naib presiden menjadi TImbalan presiden dan timbalan perdana menteri. Adakah dia khianat Mahathir dan PH sehingga kerajaan jatuh sebab 1MDB? Dia khianat Mahathir dan PH dan dia naik dari Menteri KDN menjadi Perdana Menteri. Adakah dia derhaka pada YDP Agong sebab 1MDB? Dia derhaka pada YDP Agong dengan melawan titah bahawa ordinan darurat perlu didebat dalam Dewan Rakyat dalam cubaan untuk mengelak kalah undi ordinan dan dia hilang jawatan sebagai Perdana Menteri.  Sehingga YDP Agong dua kali zahirkan amat duka cita hanya sebab dia mahu kekalkan jawatan PM. Track rekod dia ialah pengkhianat. Kalau dia nak kata gelarkan saya sebagai penjenayah sebab ianya bukan hak saya untuk sedekahkan RM42 juta dalam kes SRC, dipersilakan. Tapi perlu faham juga bahawa RM642 juta yang saya terima dari Kement

Kedudukan PPBM, Muhyiddin tak menentu menjelang PRN Johor, kata penganalisis

Image
  Kedudukan PPBM, Muhyiddin tak menentu menjelang PRN Johor, kata penganalisis [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154451 ] Kedudukan PPBM dan Presidennya Muhyiddin Yassin dilihat berada dalam keadaan yang tidak menentu ketika persediaan menjelangnya pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata penganalisis politik. Menurut penganalisis, parti itu mempunyai perjuangan yang sukar mendapat sokongan daripada pengundi bukan Melayu selepas keluar daripada Pakatan Harapan (PH) tahun lalu dan kegagalan dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor – negeri kelahiran Muhyiddin – akan memberi kesan terhadap masa depan parti itu dan presidennya. Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, Muhyiddin tertekan untuk mencapai keputusan “yang hebat” kerana beliau berasal dari Muar serta merupakan Ahli Parlimen Pagoh. Katanya, kepimpinan Muhyiddin akan dipersoalkan sekiranya PPBM tidak boleh melakukan lebih baik di Johor berbanding prestasi buruknya dalam PRN Melaka pada November apabila Perikatan N