Posts

Showing posts with the label JAKIM

Portal Rasmi Halal Malaysia beroperasi semula Rabu

Image
Portal Rasmi Halal Malaysia beroperasi semula Rabu Portal Rasmi Halal Malaysia mula beroperasi kembali pada Rabu setelah tindakan pembaikan selesai dilakukan susulan pencerobohan yang dikesan pada 9 Disember lalu. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff berkata beliau telah mengarahkan pasukan teknikal teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) jabatan itu menjalankan siasatan dan menyediakan laporan menyeluruh berhubung perkara itu. "… ini termasuk mencadangkan langkah-langkah proaktif ke arah meningkatkan ciri keselamatan portal supaya isu sama tidak berulang pada masa hadapan. Insiden pencerobohan yang berlaku ini tidak menyebabkan sebarang data tertiris. "Saya sudah mengarahkan pasukan teknikal ICT Jakim mengambil langkah proaktif untuk mengemas kini lohong gelung yang mungkin boleh menjadi ruang untuk penggodam menceroboh kembali ke dalam Portal Rasmi Halal Malaysia," menurutnya dalam kenyataan hari ini. Beliau juga memaklumkan p

Premis ‘nasi ayam claypot’ tular tidak punyai sijil halal

Image
Premis ‘nasi ayam claypot’ tular tidak punyai sijil halal BACA seterusnya di: https://pakdin.my/167420 - Premis 'nasi ayam claypot' yang tular di media sosial baru-baru ini telah disahkan tidak memiliki sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).  Sehubungan itu umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi.     "Pemilik restoran tersebut adalah bukan pemegang sijil halal Malaysia yang dikeluarkan oleh mana-mana badan berautoriti. Makanan ini sangat penting sebab benda yang kita makan itu kalau tidak halal ia akan membentuk darah daging kita," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar. "Jadi lebih baik untuk kita bersifat dan bersikap untuk berhati-hati dan alhamdulillah kita ada cara bagaimana kita hendak tentukan sama ada sesuatu restoran itu mempunyai sijil halal ataupun sebaliknya," kata beliau s

Tiada DNA babi pada gegelang sotong sejuk beku

Image
Tiada DNA babi pada gegelang sotong sejuk beku Selanjutnya di: https://pakdin.my/157215 - Tiada identifikasi porsin (DNA babi) dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti ditularkan di media sosial. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya melalui makmal Jabatan Kimia sudah menjalankan identifikasi analisis porsin ke atas sampel gegelang sotong itu. “Keputusan yang diterima mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam sampel terbabit. “Sehubungan itu, KPDNHEP menasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika menyebarkan maklumat di media sosial termasuk isu berkaitan status halal kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai,” katanya menurut laporan Harian Metro. Beliau berkata, siasatan dilakukan kementerian susulan mesej tular di media sosial daripada seorang pengguna mendakwa gegelang sotong mengandungi rektum babi ditemui di sebuah premis di Perlis. “Bertindak atas aduan Bahagian Penguatkuasa K

Jakim siasat isu tular sotong ring dari usus dan dubur babi

Image
Jakim siasat isu tular sotong ring dari usus dan dubur babi Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155833 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan beberapa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bersama Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menjalankan siasatan berhubung tular sotong ring didakwa sebagai dubur atau usus babi yang dijual di pasaran. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, pihaknya mengambil maklum berkenaan isu itu dan akan menjalankan siasatan. Katanya, Jakim memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sehingga hasil siasatan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa. Beberapa hari lalu, tular di Facebook mengenai dakwaan sotong ring yang dijual di pasaran diperbuat daripada usus babi dan dicampurkan perisa sotong. Melalui hantaran di Facebook, netizen turut meninggalkan komen meragui cop tanda halal yang dicetak di label pembungkusan. Terdapat netizen mempertikai ke