Posts

Showing posts with the label Timbalan Menteri

Senarai Menteri, Timbalan Menteri Baharu

Image
Berikut ialah senarai anggota baharu pentadbiran Kerajaan MADANI yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini: - Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Wilayah Persekutuan ): Hannah Yeoh - Menteri di Jabatan Perdana Menteri  ( Sabah Sarawak ): Datuk Mustapha Sakmud   - Menteri Ekonomi: Akmal Nasrullah Mohd Nasir   - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Datuk Seri Johari Abdul Ghani  - Menteri Belia dan Sukan: Dr Mohammed Taufiq Johari  - Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri R. Ramanan  - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Steven Sim  - Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Dr Noraini Ahmad  - Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Datuk Seri Arthur Joseph Kurup  - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Senator Dr Zulkifli Hasan  - Timbalan Menteri Kewangan: Liew Chin Tong  - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Marhamah Rosli  - Timbalan Menteri...

Menteri, timbalan menteri UMNO adakan pertemuan?

Image
Menteri, timbalan menteri UMNO adakan pertemuan? Sumber:  https://pakdin.my/157564   - Beberapa menteri dan timbalan menteri daripada UMNO dilihat mengadakan pertemuan di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini. Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut tujuan pertemuan itu dan mereka akan menghadiri Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini, selepas ini. Pergerakan keluar masuk menteri dan timbalan dapat dilihat sejak awal pagi tadi. Antara yang dilihat memasuki pintu masuk hotel berkenaan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, yang tiba pada jam 8.45 pagi serta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, pada jam 9.37 pagi.

DUN Sarawak lulus pinda gelaran jawatan Ketua Menteri kepada 'Premier'

Image
DUN Sarawak lulus pinda gelaran jawatan Ketua Menteri kepada 'Premier' [Sumber: https://pakdin.my/?p=154822 ] KUCHING: Undian semula terpaksa diadakan sebelum Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 bagi menukar terma Ketua Menteri kepada 'Premier' diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Pada undian pertama, RUU itu mendapat sokongan 54 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), manakala enam lagi tidak menyokong. Keputusan undian itu dibantah Chong Chieng Jen (DAP-Padungan) kerana menurutnya, jumlah yang menyokong itu tidak mencapai dua pertiga. Bantahan Chieng Jen memaksa Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar, membuat undian semula sebelum RUU berkenaan diluluskan selepas mendapat sokongan seramai 67 ADUN berbanding enam yang membantah. Seramai 16 ADUN membahaskan RUU itu, iaitu Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Dudong), WilfredYap (GPS-Kota Sentosa), Chieng Jen, Christopher Gira (GPS-Tamin), Fazruddin Abdul Rahman (G...