Posts

Showing posts with the label Persundalan

Jual 'tubuh', ibu tunggal dipenjara 4 bulan

Image
Jual 'tubuh', ibu tunggal dipenjara 4 bulan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166491 MUAR: Seorang ibu tunggal dipenjara empat bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, tadi, atas pertuduhan menawarkan khidmat seks di sebuah rumah di Jalan Arab, di sini, awal bulan ini. Tertuduh, Nur Shafiqah Mohd Faris, 35, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Analia Kamaruddin. Mengikut fakta kes, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar membuat serbuan di sebuah rumah pada jam 11.30 malam, 9 Julai lalu. Dalam serbuan itu, terdapat dua individu masing-masing seorang lelaki dan wanita di ruang tamu kediaman yang disyaki menjalankan aktiviti persundalan. Pemeriksaan dalam bilik tidur kemudian menemui tertuduh serta seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai pelanggannya. Polis turut menemui kondom yang baru digunakan serta wang tunai berjumlah RM200 pada mangsa. Berikutan itu, tertuduh ditah