Posts

Showing posts from June, 2022

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Image
BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159487   Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang yang dipasang di sekitar kawasan Parlimen. “Kalau ada pihak atasan Umno, BN pusat terima untuk kerjasama kami tetap akan bantah. Umno dan Barisan Nasional (BN) bahagian Ampang menolak untuk bekerjasama dengan Zuraida Kamaruddin dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) termasuk bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang yang dipasang di sekitar kawasan Parlimen itu termasuk di hadapan pejabat Umno Bahagian Ampang sendiri. Naib Ketua Umno Ampang, Nordin Kasiran ketika dihubungi FMT mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pihaknya tidak boleh bekerjasama dengan PBM kerana mereka adalah golongan yang meninggalkan PKR yang pernah menjadi lawan kepada BN. “Memang kain rentang itu daripada Umno, BN Ampang sendiri, kit

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

Image
[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159483   TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian itu, pemandu lori berumur 36 tahun mengalami kecederaan, manakala penghuni rumah dilaporkan selamat. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata polis menerima laporan kejadian itu pada kira-kira jam 9.55 pagi. Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan terbabit berlaku dipercayai ketika pemandu lori berkenaan dalam perjalanan dari kilang ke taman berkenaan untuk menghantar simen konkrit. "Selepas pemandu selesai menghantar simen dan hendak ke tempat lain, ketika menuruni bukit di kawasan perumahan itu, brek lori dipercayai mengalami kerosakan dan tidak berfungsi. "Akibat kejadian itu, lori terbabas dan melanggar dua rumah yang terletak berhampira

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

Image
Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159479   BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan katanya, penyedilik Jabatan Peguam Negara telah menemui tiga dokumen baharu bagi mempertahankan Pulau Batu Putih. “Bukan dia tidak tahu pasukan penyelidik dari Jabatan Peguam Negara telah menemui tiga dokumen baru yang mengatasi surat daripada pemangku SS Johor yang di buat pada tahun 1953. “Bukan dia tidak tahu pendengaran kes di ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa) telah di tetapkan pada 11 Jun 2018. “(Dr Mahathir) melepaskan kedaulatan negara dengan begitu sahaja,” katanya di ruangan komen Facebook pemilik akaun Salahuddin Hisham. Pemilik akaun Facebook berkenaan mengulas kenyataan Dr Mahathir berhubung isu tuntutan Pulau Batu Putih. Semalam, Dr Mahathir menyifatkan laporan media kononnya beliau mendesak supaya Ma

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Image
  Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju Selanjutnya di: https://pakdin.my/159451.  Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol dan rokok untuk projek bergambar Guru seni Emma Wright, 41, membenarkan murid berusia 15 tahun bergambar tanpa baju dalam kelas Puan Wright memperkenalkan murid kepada artis baharu, yang mencipta 'gambar-gambar yang menarik' Dia kemudian membenarkan murid mengambil gambar di Kolej Sains Huxlow, Northamptonshire Puan Wright telah dipecat dan kini telah dilarang daripada mengajar selama-lamanya Seorang guru wanita daripada sebuah sekolah menengah di United Kingdom (UK) digantung daripada jawatannya selepas membenarkan pelajar perempuan mengambil gambar tanpa baju untuk projek seni. The Sun melaporkan, Emma Wright, 41, sebelum ini bertugas sebagai guru seni di Kolej Sains Huxlow di Northamptonshire pada 2017. Wright baga

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Image
Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159447    Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah siap. Ini fakta betapa cerdiknya kepimpinan PH semasa berkuasa. 1. Projek rel bandar di koridor barat Lembah Klang, Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) keseluruhan full spec RM9 billion diumumkan ketika dilancarkan oleh PM, DS Najib Razak ketika itu. Tapi PH lantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Nak 'jimat' punya fasal dia kata boleh jimatkan dengan harga low spec berjumlah RM16 billion.  2. Nak tanya, ada tak laluan atau stesen LRT 3 berhampiran rumah korang? Masa PH menggelupur berkuasa, mereka sembang ekonomi negara kita macam dah nazak teruk. Tunggu masa nak bankrupt jer. Nak jimat punya fasal, PH kurangkan beberapa stesen LRT 3. 3. PH punya brilliant idea, nak jimat punya fasal lagi, PH

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Image
Gol pelik punca Selangor diratah JDT Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159441    Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam. Malah pengendali dari Jerman itu menyifatkan agak pelik bagaimana gol pertama itu mampu dihasilkan tatkala memiliki barisan pertahanan mantap serta gawang gol pula dikawal penjaga gol berstatus pemain kebangsaan. "Gol pertama yang dijaringkan oleh JDT agak pelik dan itu yang saya nilai sendiri manakala gol kedua lawan ternyata kami tidak bernasib baik kerana ia menerusi sepakan percuma dan kedua-dua gol itu membuat pemain saya hilang konsentrasi. "Ia menjadi sukar buat kami apabila ketinggalan 0-2 dan terpaksa berhempas pulas menyusun kembali rentak permainan namun sekali lagi gol ketiga dijaringkan JDT yang saya anggap agak pelik sehingga

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Image
[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar. Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159436    Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang sehingga Bukit Tagar. Info dari: Towing Hulu Selangor  https://web.facebook.com/towinghuluselangor   Anuar Zainudin  https://web.facebook.com/profile.php?id=100053929111626

Dato’ Sri Najib Razak sudah beri amaran berkaitan isu krisis makanan di Parlimen korang je yang lalai

Image
Dato’ Sri Najib Razak sudah beri amaran berkaitan isu krisis makanan di Parlimen korang je yang lalai Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159432   Jadi Menteri kalau setakat dengar nasihat pegawai kementerian, habis la rakyat susah. Menteri kena lebih cerdik dan bijak lagi daripada pegawai. Sebelum ni Dato’ Sri Najib Razak sudah beri amaran berkaitan isu krisis makanan dan 'food security' di Parlimen, tapi Menteri buat bodo je tak ambil port! Akibat dari keegoan dan kesombongan, sekarang rakyat yang perlu hadap setiap hari. ----------- Ini antara saranan saya semasa Perbahasan Belanjawan 2021 pada bulan November 2020 di tengah pandemik. Masa itu, ramai yang fokus pada saranan saya bagi pengeluaran KWSP dan lanjutan moratorium bank. Bahagian berkenaan pertanian ini pula kurang mendapat fokus. "Dalam hal ini, satu sektor yang perlu dilihat semula dan dirangsangkan semula adalah sektor pertanian. Di mana ianya ada kaitan dengan food security dan kebimbangan bahawa rantaian mak

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Image
Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong? Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159425    Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli unit ASB atas namanya sendiri. Kes itu kini di mahkamah tetapi apa yang didedahkan semalam menunjukkan dia juga menggunakan nama ibu bapanya untuk berbohong kepada orang ramai. Di tengah-tengah tersebarnya gambar dan video dia bersama beberapa gadis (termasuk seorang gadis bergambar dengan Syed Saddiq sedang tidur) di banglo Damansaranya terdapat juga kontroversi wang tunai RM250k yang hilang dari peti besinya. Dia kemudian memberitahu orang ramai bahawa RM250k itu adalah daripada dia dan ibu bapanya dan akan digunakan untuk mengubah suai rumah yang dia beli. Ternyata ini tidak benar. Wang itu adalah untuk "perbelanjaan budi bicaranya" tetapi dia kemudian berbincang dalam kumpulan WhatsApp yang dipanggi

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Image
[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159416    Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan Inobong, di sini, hari ini. Mangsa yang dipercayai sebagai Harold Walter, 17, ditemukan pada 2.45 petang oleh penduduk kampung yang kebetulan turun ke sungai untuk memeriksa pukat ikan miliknya. Difahamkan, mangsa ditemui di tebing sungai dalam keadaan ditimbuni pasir dan runtuhan pokok bambu. Sebaik ditemui, penduduk kampung terbabit terus memaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim ketika ditemui di lokasi mengesahkan penemuan mayat berkenaan. Katanya, proses pengecaman mayat yang ditemui berkenaan sudah dilakukan oleh ahli keluarga. "Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hos

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

Image
SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159412    SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta SPRM 2009 Seorang saksi sebelum ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberi dana sebanyak RM1.3 juta kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2018 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan terhadap penama yang dikatakan menerima wang dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini. SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit yang tersenarai dalam satu lejar seperti dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan berkenaan. "Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang diperuntuk

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Image
Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159407    Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham Adibah Noor disampaikan di Facebook Emilya Rosnaida: allahuakbar terkejut dapat berita ni ..sahabat kita yg versatile  Adibah Noor @adibahnoormohdomar , baru sahaja meninggal dunia 😭😭😭😭  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َـن ِ ٱلرَّØ­ِيم ٱلْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّ.Ø­ِيم۞ Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞  Salam Takziah dari kami sekeluarga https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10162445831723312&id=663963311 Facebook Zuan Azmi pula memuat naik perkhabaran: Dukacita dimaklumkan penyanyi &

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

Image
2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159403   HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di sini, pagi ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata dalam kejadian jam 7.48 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 18 dalam perjalanan dari Kerling ke Proton City, Tanjung Malim, maut di lokasi kejadian. "Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Volvo dipandu lelaki berusia 29 tahun dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. "Sebaik tiba, kereta itu berlanggar dengan motosikal Yamaha Y15 dinaiki kedua-dua mangsa yang datang dari arah bertentangan. "Motosikal itu juga dipercayai masuk ke laluan kereta sebelum kedua-duanya bertembung," katanya menerusi kenyataan, hari ini. Arsad berkata, akibat kemalangan itu penunggang dan pembonceng motosikal mening

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa

Image
Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159398    Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB). “Hari ini terbukti sudah kamu melepaskan Muhyiddin daripada didakwa kerana beliau adalah sekutu kamu, bukan keadilan yang dicari, tapi dendam yang menjadi keutamaan (terhadap Umno),” katanya dalam kenyataan. Razlan berkata, Muhyiddin sepatutnya menghadapi tuduhan sama seperti Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, atau sekurang-kurangnya menjawab dakwaan itu di mahkamah. Katanya, Mahathir yang merupakan perdana menteri ketika itu, akan tahu Muhyiddin menerima wang daripada UKSB dan bekas peguam negara, Tommy Thomas juga akan tahu bukti kes itu serta mengetahui siapa terbabit. “Hari ini, Zahid terpaksa membuktikan diri beliau di mahkamah, terpaksa berhadapan dengan cercaan masyarakat, tap

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

Image
Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika  dikatakan menerima wang dari UKSB? Baca seterusnya:  https://pakdin.my/159393/   "Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama beberapa bulan untuk rawatan lanjut. “Malahan pada tarikh tertentu yang dinyatakan oleh saksi kononnya saya telah menerima sogokon wang tunai, saya sebenarnya sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di luar negara. Adalah mustahil bagi saya menerima sebarang sogokan wang tunai daripada sesiapa dalam keadaan itu. Dakwaan tersebut ternyata tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Benar? "Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal; bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, berkata Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menerima sumbangan wang tunai RM300,000 pada 4 Jun 2018; RM500,000 (4 Julai 2018) dan RM500,000 (23

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

Image
[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159388/   PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah kira-kira jam 9 malam. "Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, malam tadi. Jurucakap JBPM Sabah ketika dihubungi pula berkata, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 9.37 malam sebelum berjaya mengawal kebakaran pada jam 10.38 malam. "Seramai 28 anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang serta Kota Kinabalu terbabit dalam operasi memadam kebakaran itu," katanya. Sementara itu penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) hilang keperluan pengajian termasuk komputer riba dan mesin cetak

[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan

Image
[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159383   KOTA BHARU: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh di sini, yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi ini. Mayat Muhammad Zul Hafiz Azman, 18, dan Luqman Hakim Azman, 16, dijumpai terapung dalam keadaan berpelukan kira-kira 20 meter (m) dari lokasi kali terakhir mereka dilihat tenggelam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, El Taraff Mohd Zachariah berkata, mayat kedua remaja lelaki itu ditemukan orang awam yang turut membantu dalam misi mencari dan menyelamat (SAR). "Kami memulakan SAR pada 8 pagi tadi dengan membuat pencarian di permukaan menggunakan bot dalam radius 200 m di sekitar lokasi dan belum sempat melakukan selaman. "Pada 8.40 pagi tadi, mayat kedua-dua mangsa ditemukan terapung dalam keadaan berpelukan oleh orang ramai tidak jauh dari lokasi mangsa dilihat kali terakhir," katanya ketik

[Video] 'Jangan sampai rakyat Johor desak keluar Malaysia’ - Sultan Johor

Image
[Video] 'Jangan sampai rakyat Johor desak keluar Malaysia’ - Sultan Johor Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159378    Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menggesa kerajaan persekutuan memberikan peruntukan lebih banyak kepada negeri itu. Titahnya, setiap tahun hampir RM13 bilion hasil persekutuan dikutip dari Johor. Baginda membangkitkan rasa sedih dengan keadaan bangunan persekutuan yang tidak diselenggara dengan baik seperti Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Iskandar. Kemudahan Pusat Transformasi Bandar (UTC) juga. titah baginda, perlu ditingkatkan dengan sistem penyampaian lebih cekap serta keadaan yang selesa. “Saya rasa seolah-olah Johor ini dianaktirikan, walhal Johor adalah antara penyumbang utama ekonomi negara. “Saya menyeru kerajaan persekutuan segera tunaikan janji untuk menaik taraf Lebuh Raya Utara Selatan kepada enam lorong dan Lebuh Raya Senai-Desaru menjadi empat

Ranking daya saing Malaysia jatuh kerana lockdown separuh masak kerajaan PN – Najib

Image
Ranking daya saing Malaysia jatuh kerana lockdown separuh masak kerajaan PN – Najib Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159374    Ranking daya saing Malaysia jatuh ke kedudukan paling corot sejak lebih 14 tahun lalu. Guan Eng salahkan PM pula. Tapi ini adalah ranking bagi tahun lepas di mana negara kita di bawah lockdown separuh masak dengan tempoh antara paling panjang di dunia ketika kerajaan PN memerintah. Jika Guan Eng nak cari salah pun, carilah juga Menteri kanan Ekonomi merangkap menteri MITI, menteri ekonomi, menteri kewangan serta pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri - iaitu semua yang berkaitan langsung dengan keadaan ekonomi negara. Paling aneh ialah Guan Eng kata PM gagal tapi dia juga yang signing MOU untuk sokong PM yang gagal. Kamu kata gagal tapi kamu sokong gagal? Kenapa ya, Guan Eng? Facebook Najib Razak: https://web.facebook.com/najibrazak/posts/593001085524167

[Video] Klinik Kesihatan Mansiat musnah terbakar

Image
[Video] Klinik Kesihatan Mansiat musnah terbakar Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159368    KENINGAU: Klinik Kesihatan Mansiat, di Jalan Tulid, Sook, di sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi. Bangunan berstruktur kayu berkeluasan 1,114 meter persegi itu musnah sepenuhnya dalam kebakaran bermula jam 4:30 petang. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.48 petang berhubung kejadian berkenaan. Katanya, seramai lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran. "Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi mendapati sebahagian besar klinik berkenaan sudah terbakar 100 peratus berikutan struktur diperbuat daripada kayu. "Pasukan operasi terus menjalankan operasi memadam kebakaran dan api berjaya dikawal kira-kira jam 6 petang tadi," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Beliau berkata, tiada sebarang kece

Saham, ringgit merudum

Image
Saham, ringgit merudum Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159364   Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.41 mata kepada 1,455.42 daripada 1,464.83  Jumlah dagangan sebanyak 355.69 juta unit bernilai RM239.99 juta. Ringgit meneruskan penurunannya apabila dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susut kepada 4.4220/4245 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4185 Bursa Malaysia terus menyaksikan aliran penurunan pada sesi awal Selasa ketika pelabur kekal berhati-hati berikutan ketidaktentuan pasaran serta impak jualan ketara semalaman di Wall Street, kata peniaga. Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.41 mata kepada 1,455.42 daripada 1,464.83 pada akhir dagangan semalam. Indeks penanda aras itu dibuka susut 6.97 mata kepada 1,457.86. Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 529 berbanding 63 manakala 216 kaunter lain tidak berubah, 1,455 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

PRU15 boleh diadakan selepas bajet ‘wow’, kata Tok Mat

Image
PRU15 boleh diadakan selepas bajet ‘wow’, kata Tok Mat Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159360 Kita faham sebab parti dan kerajaan dua entiti yang berbeza. Umno…Umno, kerajaan…kerajaan. Masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah sebaik sahaja Bajet 2023 dibentangkan Kalau nak buat sebelum bajet buat apa, tak ada ‘mileage’ kan. Ataupun nak buat lama (lagi) selepas bajet pun tak guna juga Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menjangkakan masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah sebaik sahaja Bajet 2023 dibentangkan pada Oktober ini. Katanya, bajet itu perlu mempunyai faktor wow kerana ia merupakan buah tangan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob daripada Barisan Nasional (BN). “Apabila kita kata bajet, ini bajet Ismail Sabri, bajet Umnolah, bajet BN. Nak pilihan raya buatlah bajet yang elok-elok. “Tapi bajet pilihan raya ini mesti ada sesuatu yang dipanggil sebagai ‘wow factor’, jadi buatlah. Jadi, lepas pembentangan bajet, bolehla

[Video] Elak ganggu tapir di Jalan Bukit Putus

Image
[Video] Elak ganggu tapir di Jalan Bukit Putus Selanjutnya:  https://pakdin.my/159353   Terdapat dua papan tanda lintasan tapir di kawasan berkenaan bagi memastikan orang ramai yang melalui kawasan itu agar berhati-hati. Tapir tidak berbahaya namun saya memohon agar orang ramai dan pengguna jalan raya tidak menganggu tapir berkenaan Hutan Simpan Gunung Angsi di Kuala Pilah merupakan lokasi habitat hidupan liar di negeri ini termasuk tapir. SEREMBAN – Orang ramai yang melalui Jalan Lama Bukit Putus, Kuala Pilah dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang gangguan sekiranya terserempak dengan tapir di kawasan tersebut. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli berkata, ia susulan tular rakaman video di media sosial hari ini yang menunjukkan seekor tapir yang melintasi jalan tersebut pagi tadi. “Kami mengesahkan video yang diambil oleh individu tersebut adalah di laluan Jalan Lama Bukit Putus. Terdapat dua papan tanda lintas

[Video] Kereta terbabas, treler muatan balak terbalik di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Image
[Video] Kereta terbabas, treler muatan balak terbalik di Jalan Gua Musang-Kuala Krai Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159348   Berlaku selepas sebuah kereta jenis Proton Wira terbabas ke kanan jalan dan melanggar treler dari arah bertentangan. Menyebabkan treler terbalik di tengah jalan, lalu dua buah kereta jenis Perodua Alza dan sebuah Proton Exora tidak sempat mengelak dan terlanggar kayu balak yang jatuh di atas jalan. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan Sebuah treler jenis Mercedes Benz dengan muatan kayu balak terbalik dalam kejadian yang turut membabitkan empat kenderaan lain di Kilometer 65 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan, semalam. Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata kejadian kira-kira 6.30 petang itu berlaku selepas sebuah kereta jenis Proton Wira terbabas ke kanan jalan dan melanggar treler dari arah bertentangan. "Ia menyebabkan treler te

Bekas ADUN Sedili didakwa cabul kehormatan wanita

Image
Bekas ADUN Sedili didakwa cabul kehormatan wanita Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159343 Tertuduh berusia 54 merupakan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi. Rasman didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 27 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatan wanita berkenaan. Didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima 10 tahun atau dengan denda atau sebat MUAR- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain hari ini mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar, di sini, atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, Januari lalu. Tertuduh berusia 54 yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, Rasman didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 27 tahun dengan maksud untuk me

Harimau Malaya tewas kepada Bahrain, beraksi di padang becak

Image
Harimau Malaya tewas kepada Bahrain, beraksi di padang becak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159337    Laluan sukar untuk Harimau Malaya ke Piala Asia. Harimau Malaya terpaksa melepaskan status juara Kumpulan E ke tangan Bahrain. Beraksi dalam keadaan padang yang becak sepatutnya memberikan kelebihan kepada Malaysia Malaysia memilih laluan sukar untuk ke Piala Asia 2023 selepas tewas 1-2 kepada Bahrain pada aksi kedua Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi. Kekalahan di tangan pasukan ranking ke-89 dunia itu menyaksikan skuad Harimau Malaya terpaksa melepaskan status juara Kumpulan E ke tangan Bahrain yang mengutip enam mata maksimum daripada dua perlawanan. Hanya lima naib juara terbaik akan beroleh slot automatik ke saingan Piala Asia tahun depan. Beraksi dalam keadaan padang yang becak jelas memberikan kelebihan kepada Malaysia yang memperaga aksi lebih garang pada babak pertama ketika Bahrain bergelut.

Pelajar tingkatan satu dicabul dua lelaki

Image
Pelajar tingkatan satu dicabul dua lelaki Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159332   Mangsa memberitahu keluarga berada di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh bersama rakan lelaki. Mangsa diraba oleh dua suspek ketika berada di dalam bilik manakala suspek ketiga bertindak sebagai pendaftar bilik serta mengawal di luar. Hasil temubual lanjut mendapati mangsa pernah melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya semasa bercuti di Pulau Redang, Kuala Terengganu. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. TUMPAT: Remaja perempuan berusia 13 tahun mendakwa dicabul dua lelaki di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh, di sini, malam semalam. Kejadian berlaku selepas pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Kota Bharu itu keluar rumah dengan alasan untuk makan bersama rakan. Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pada jam 9 malam, mangsa meminta kebenaran daripada ibunya untuk keluar dan selepas jam 11 m

'Macam mana boleh kata PPBM ada agenda tersembunyi' - Muhyiddin tanya Hadi Awang

Image
'Macam mana boleh kata PPBM ada agenda tersembunyi' - Muhyiddin tanya Hadi Awang Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159326   "'Nothing wrong to explore' (tiada salah untuk teroka)" "Macam mana dikata PPBM boleh ada agenda tersembunyi, masa PRU, semua mesti terbuka. Abdul Hadi dilaporkan mengakui tahu agenda Muhyiddin untuk bekerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU-15 di bawah khemah besar. Selain PPBM dan PAS, PN turut dianggotai GERAKAN, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP). KULAI: Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tiada salahnya untuk parti politik meneroka apa juga peluang yang ada. Merujuk kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu menolak agenda Perikatan Nasional (PN) bekerjasama di bawah satu khemah besar dengan pembangkang, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN, berkata pihaknya terbuka berbincang dengan komponen dalam PN tanpa sebarang masalah. "'Nothing wrong t