Posts

Showing posts from July, 2021

[Video] Nahas pembinaan LRT 3, pekerja terperangkap bawah runtuhan

Image
Lima pekerja asing terperangkap di bawah perancah besi yang runtuh  di tapak pembinaan LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang hari ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata dalam kenyataan, mereka berjaya mengeluarkan empat  mangsa terperangkap yang mengalami kecederaan ringan, manakala usaha masih diteruskan untuk menyelamatkan seorang lagi pekerja yang terperangkap. Kejadian berlaku sekitar jam 2.40 petang di depan Hotel Premiere di Bandar Bukit Tinggi. Dua balai bomba terlibat dalam operasi menyelamat itu dengan anggota tiba di tempat kejadian sekitar 15 minit selepas menerima panggilan kecemasan. “Sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

Agong tak perkenan kerajaan batal Ordinan Darurat, kata Istana Negara

Image
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin. Dalam kenyataan Fadil berkata, Agong menegaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan pada Isnin adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat. “Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan,” katanya. Kenyataan itu menegaskan, Perkara 150 (2B