Posts

Showing posts with the label Separuh Bogel

Dua individu tunggang motosikal separuh bogel di Kuala Terengganu

Image
Dua individu tunggang motosikal separuh bogel di Kuala Terengganu SUMBER:  https://pakdin.my/158151 .. KUALA TERENGGANU - Dua individu dipercayai pelancong asing didapati menunggang motosikal dalam keadaan separuh bogel di pusat bandar Kuala Terengganu di sini. Perbuatan penunggang lelaki mengenakan hanya seluar pendek manakala pembonceng wanita hanya berpakaian dalam itu berjaya dirakam pengguna jalan raya di Jalan Tok Lam di sini sebelum gambar itu tular di media sosial sejak tengah hari Rabu. Kebanyakan warganet mempertikaikan tindakan itu, malah ada yang menyifatkan ia sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang kini menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Bagaimanapun hari dan waktu gambar itu dirakam tidak dapat dipastikan. Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan akan mengambil langkah penguatkuasaan yang lebih tegas pada masa akan datang. Katanya, bahagian Jawatankuasa...

[Video] Pengerusi PN Tepuk Tangan Lepas Lihat Tarian Ini Dalam Satu Majlis

Image
[Video] Pengerusi PN Tepuk Tangan Lepas Lihat Tarian Ini Dalam Satu Majlis Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155870 - Menurut satu video berdurasi 1.29 saat yang disiar oleh Malaysiakini ini, kepimpinan PN termasuklah Tan Sri Muhyiddin (Pengerusi PN) dan Tan Sri Hamzah Zainuddin telah disajikan "dance show" di Austin International Convention Centre di Johor Bharu.  Majlis yang berlangsung penuh SOP ini dilihat menghidangkan "dance show" yang juga dilihat ada penjarakan sosial. Di akhir majlis tersebut dilihat Pengerusi PN sendiri bertepuk tangan dengan persembahan itu.  Pandai pula penganjur ini menilai "taste" Pengerusi PN ya. Macam tahu-tahu ja. Semalam, AJK PN Mersing tersasul sebut "Hidup Pakatan" dalam satu majlis media. Biarpun pakai baju PN, nampaknya hati masih PH lah. Apa pula reaksi Pengerusi PN bila ditanya tentang "dance show" ini? Apa ayat sesuai rakyat bila melihat video ini. "Poodahhh"? Tengok sendirilah