Posts

Showing posts with the label Zuraida Kamaruddin

[VIDEO] PKR menang kes saman, mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta

Image
[VIDEO] PKR menang kes saman, mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta BACA seterusnya: https://pakdin.my/166019 Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin diperintah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu. Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan saman PKR itu selepas mendapati bon tersebut merupakan kontrak yang sah dan mengikat. Mahkamah juga memerintahkan Zuraidah untuk membayar kos RM50,000. Saman itu difailkan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 28 Sept 2020 untuk menuntut RM10 juta daripada Zuraida kerana didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya dengan parti itu. Kenyataan tuntutan PKR mengatakan bahawa Zuraida telah menandatangani bon RM10 juta berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.  Hakim Akhtar yang menyampaikan keputusan itu melalui prosiding secara dalam talian, berkata hujah Zuraida bahawa beliau menandatangani bon itu

Zuraida dakwa 3 Ahli Parlimen, 2 ADUN mahu ‘lompat’ ke PBM

Image
Zuraida dakwa 3 Ahli Parlimen, 2 ADUN mahu ‘lompat’ ke PBM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160690/ Zuraida Kamaruddin mendakwa tiga Ahli Parlimen dan dua ADUN akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Presiden pengganti PBM itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kelima-lima wakil rakyat terbabit. “Ketika ini PBM ada empat Ahli Parlimen iaitu Ampang, Tebrau (Steven Choong Shiau Yoon), Julau (Larry Sng Wei Shien) dan Silam (Mohamaddin Ketapi). Ini bermakna ada tiga lagi (Ahli Parlimen) baharu akan sertai PBM. “Begitu juga dengan ADUN, buat masa ini PBM ada lima ADUN, iaitu tiga di Perak dan dua di Selangor. Jadi, akan ada dua lagi ADUN bakal sertai PBM,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang. Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat parti itu di Taman Daya, Johor Bahru, menurut Utusan Malaysia. Zuraida yang juga menteri perusahaan, perladangan dan komoditi berkata, PBM mempunyai lebih 40,000 ahli daripada 177 bahag

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Image
BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159487   Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang yang dipasang di sekitar kawasan Parlimen. “Kalau ada pihak atasan Umno, BN pusat terima untuk kerjasama kami tetap akan bantah. Umno dan Barisan Nasional (BN) bahagian Ampang menolak untuk bekerjasama dengan Zuraida Kamaruddin dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) termasuk bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang yang dipasang di sekitar kawasan Parlimen itu termasuk di hadapan pejabat Umno Bahagian Ampang sendiri. Naib Ketua Umno Ampang, Nordin Kasiran ketika dihubungi FMT mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pihaknya tidak boleh bekerjasama dengan PBM kerana mereka adalah golongan yang meninggalkan PKR yang pernah menjadi lawan kepada BN. “Memang kain rentang itu daripada Umno, BN Ampang sendiri, kit