Posts

Showing posts from May, 2016

Tokong Lim Guan Eng Penipu - Tuduh Kerajaan Pusat Tolak Permohonan Bina Jambatan Ketiga.

Image

Video: Polis Cari Dua Individu Susulan 'Ludah' Durian Di Gombak

Image
Polis sedang mencari pekerja gerai durian yang dikaitkan dengan insiden 'meludah' isi buah itu sebelum dijual kepada pelanggan di Taman Sri Gombak. Pada masa sama, polis turut mencari pemilik akaun Facebook di mana rakaman insiden itu dimuat naik. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata siasatan awal mendapati pekerja warga Indonesia berusia sekitar 20-an itu hanya meniup serangga yang hinggap pada buah itu. Susulan insiden kira-kira pukul 3.30 petang Rabu itu, Ali berkata polis menahan pemilik gerai durian warga Indonesia berusia 53 tahun yang memiliki status pemastautin tetap di negara ini, bagi membantu siasatan. "Gerai itu baru sahaja lima hari beroperasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan tugasan syif bagi unit kereta peronda MPV di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, Khamis. Mengenai akaun Facebook yang dikenali sebagai 'lonely stone cool' itu, Ali berkata polis

Selamatkan UMNO, Tolak BN - Mahathir Dah Nyanyuk

Image
Selamatkan UMNO, Tolak BN. Banyak sangat beramal dan taksub dengan buku Marchiavelli. Protun dan Pakatun terkinja2 seronok. KETUM banduan liwat tension tahap gaban dalam penjara. #Machiavellianism #Menghalalcara

Tiga maut, enam cedera nahas tiga kenderaan di jalan Rasa - Bukit Beruntung

Image
HULU SELANGOR: Tiga termasuk seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 9, Jalan Rasa menghala ke Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, dekat sini hari ini. Mereka yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu ialah Napisah Abas, 52; Rofi'ih Modi, 55; dan seorang lagi mangsa yang belum diketahui identitinya. Kesemua mangsa yang terbunuh adalah pemandu dan penumpang yang menaiki kereta Perodua Kancil. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R. Supramaniam berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Audi Q7 yang datang dari arah Rasa menghala ke Bukit Beruntung cuba untuk memotong kenderaan di hadapan sebelum bertembung de­ngan kereta yang dinaiki ketiga-tiga mangsa. Menurutnya, akibat pertembu­ngan itu, kereta dinaiki ketiga-tiga mangsa telah melambung ke atas kereta Toyota Corolla yang berada di belakang. "Ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lelaki warga as

#PRNSarawak11: Helikopter Bawa VIP Hilang Dari Radar

Image
KUCHING: Sebuah helikopter yang dipercayai membawa kenamaan disahkan hilang daripada radar di Sarawak. Dua Ahli Parlimen termasuk seorang timbalan menteri persekutuan dipercayai berada di dalam helikopter tersebut. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, helikopter berkenaan bertolak dari Betong ke Kuching pada 4.15 petang Khamis. "Kes ini kami klasifikasikan sebagai hilang perhubungan. Sepatutnya helikopter berkenaan perlu menghubungi DCA sekitar pukul 5 petang apabila melalui lokasi tertentu bagi melaporkan kedudukan. "Tapi DCA tidak menerima apa-apa panggilan. Cubaan kita menghubungi mereka juga negatif," katanya kepada mStar Online. Sehubungan itu Azharudin berkata pihaknya telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 7.26 petang Khamis. Helikopter berkenaan dikatakan hilang dari radar kira-kira pukul 5.00 petang berhampiran kawasan Sebuyau.

Banglo Lim Guan Eng: Peguam Negara Nafi Tutup Kes Akuan Berkanun Palsu Phabg Li Koon

Image
KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG DENGAN LAPORAN POLIS TERHADAP AKUAN BERKANUN OLEH PHANG LI KOON Merujuk kepada laporan akhbar The Sun Daily dan The New Straits Times Online masing-masing bertarikh 4 Mei 2016 yang melaporkan bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan untuk menutup siasatan melibatkan ahli perniagaan Phang Li Koon yang didakwa telah membuat kenyataan palsu di dalam suatu akuan berkanun yang melibatkan isu pembelian rumah bungalow oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara ingin menegaskan bahawa sehingga kini Peguam Negara belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kes berkenaan dan ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara. TAN SRI DATO' SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN HAJI ALI Peguam Negara Malaysia 04 Mei 2016 4.45 PM

Video: Amanat Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem kepada Rakyat Sarawak.

Amanat Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem kepada Rakyat Sarawak. Barisan Nasional berkempen untuk kemajuan negeri dan rakyat bukan berkempen seperti pembangkang dengan mengajar rakyat politik kebencian, mengajar rakyat memfitnah, mengaib, mencertca.dsbnya.