Pencapaian TERBURUK kontinjen Malaysia dalam sejarah Sukan SEA
Pencapaian TERBURUK kontinjen Malaysia dalam sejarah Sukan SEA PHNOM PENH, 16 Mei (Bernama) -- Kontinjen Malaysia sekali lagi mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini pada edisi 2023 di Kemboja, malam ini. Pada hari semua acara pingat berakhir hari ini, pencapaian negara pada edisi ke-32 di sini lebih mengecewakan, malah lebih buruk ketika temasya sama di Hanoi, Vietnam, tahun lalu. Selepas temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirai, malam esok, kontinjen negara akan pulang dengan detik hitam di pentas Sukan SEA apabila hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa untuk menghuni tangga ketujuh keseluruhan. Malaysia mengakhiri cabaran pada kedudukan keenam keseluruhan dengan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa di Hanoi, tahun lalu dan sebelum itu pada kedudukan sama pada edisi 1983 di Singapura. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/ZrfWzitfw6I Lebih mengecewakan...