Posts

Showing posts with the label Melancong
Image
▶️ Bas ekspres terbakar: Lima sekeluarga melancong, satu maut, dua kritikal https://pakdin.my/174934/ ALOR GAJAH – Mangsa yang rentung dalam kejadian bas ekspres dua tingkat terbakar di Kilometer 198.0 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), awal pagi tadi disahkan seorang remaja warga India. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa dikenali sebagai Yafarah Taj Fakrudin Hussaini berusia 17 tahun yang datang melancong ke negara ini bersama keluarganya dari Chennai, Tamil Nadu. Katanya, empat lagi ahli keluarga mangsa turut cedera dengan dua daripadanya yang berusia 69 dan 45 tahun berada dalam keadaan kritikal di Hospital Melaka, selepas masing-masing mengalami tahap melecur 80 serta 50 peratus. “Hasil siasatan mendapati, sebelum kejadian telah berlaku kemalangan awal melibatkan sebuah motosikal yang terbabas sendiri dan jatuh di lorong paling kiri. “Penunggang bagaimanapun sempat bangun mengelak ke kiri jalan dan tidak lama kemudian datang bas ekspres berb...

Baru ada kelas, sewa Porsche Macan S - selama 4 hari di Auckland

Image
Baru ada kelas, sewa Porsche Macan S - selama 4 hari di Auckland BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161181 Misteri kenapa Menteri Besar Terengganu memulangkan kereta sewanya pada 18hb Disember walaupun beliau sepatutnya dijadualkan pulang dari Auckland pada 22hb Disember 2022  telah terjawab. Dia menukar SUV Toyota Highlander yang sewanya NZ$113 sehari atau RM316 sehari yang disewa selama 5 hari kepada Porsche Macan S dengan sewa NZ$399 sehari atau RM1,116 sehari yang disewa selama 4 hari hingga 22 Disember 2022, hari penerbangan pulangnya ke Malaysia melalui Sydney. Sepanjang perjalanan, dia juga mengambil nombor telefon bimbit tempatan New Zealand. Alang-alang bercuti kena lah nampak ada kelas tersendiri. Jangan memalukan penaja percutian.

Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Hanafiah Mat sahkan MB di luar negara

Image
Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Hanafiah Mat sahkan MB di luar negara BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161177 Kerajaan Terengganu berpendapat, tidak timbul apa-apa isu berhubung cara pengurusan banjir di negeri itu dijalankan walaupun Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar tiada. Mengesahkan keberadaan naib presiden PAS itu di New Zealand sekarang, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan Perpaduan Nasional Terengganu Hanafiah Mat berkata dia sangat berpuas hati dengan semua pihak membantu mangsa banjir di negeri tersebut. "Sebagai timbalan pengerusi pengurusan bencana negeri, saya sangat berpuas hati di semua lapangan dan pusat penempatan sementara. "Semua exco dan juga wakil rakyat juga memainkan peranan dengan sangat baik," katanya Hanafiah yang juga Adun Chukai memaklumkan, Ahmad Samsuri memang berada di Auckland dan akan pulang pada hari ini. "Insya-Allah menteri besar akan balik dari New Zealand hari ini, tapi jam berapa, tidak dapat dipastikan...

[VIDEO] Musim banjir tidak sesuai PRU, hanya sesuai untuk bercuti di New Zealand

Image
[VIDEO] Musim banjir tidak sesuai PRU, hanya sesuai untuk bercuti di New Zealand BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161171 Menteri Besar Terengganu telah terbang keluar negara melancong bersama isterinya ke Auckland, New Zealand dengan penerbangan sambungan dari Sydney, pada Ahad 11 Disember 2022. Berdasarkan jadual perjalanannya, mereka dijadualkan pulang ke Malaysia pada Jumaat (23 Dis 2022). Tiket pergi balik kelas perniagaan untuk setiap orang berharga RM18,000 setiap seorang - bermakna RM36,000 untuk kedua-duanya. Ketiadaan beliau telah mencetuskan kemarahan rakyat Terengganu kerana negeri yang paling teruk terjejas banjir. Setakat pagi ini, terdapat lebih 39,000 mangsa banjir di Terengganu. Menteri Besar Terengganu  tidak kelihatan di khalayak ramai sejak tarikh pemergiannya sehingga hari ini walaupun dia membuat satu catatan mengatakan bahawa banjir di Terengganu semakin teruk. Ini menunjukkan betapa hipokritnya PAS dan Perikatan Nasional. Samsuri juga adalah orang yang ...