Posts

Showing posts with the label Saratok

[VIDEO] 4 maut kereta bertembung trele[VIDEO] 4 maut kereta bertembung treler

Image
[VIDEO] 4 maut kereta bertembung treler Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159554 KUCHING: Empat sekeluarga maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan treler berdekatan simpang Roban, di Saratok, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.53 pagi. Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerah ke lokasi yang terletak lapan kilometer dari balai sejurus menerima panggilan itu. "Setibanya di lokasi didapati kemalangan itu membabitkan sebuah kereta dengan treler. "Empat orang yang berada di dalam kereta tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurutnya lagi, semua mangsa dipercayai sekeluarga iaitu lelaki berusia 30 tahun, wanita berusia 28 tahun, serta dua kanak-kanak lelaki berusia empat dan satu tahun. "Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan kh

[Video] Rumah panjang terbakar, 11 keluarga hilang tempat tinggal

Image
[Video] Rumah panjang terbakar, 11 keluarga hilang tempat tinggal Sumber:  https://pakdin.my/157626 = SARATOK: Sebelas keluarga hilang tempat tinggal selepas Rumah Panjang Joshua Mitas di Ulu Awek di sini musnah dalam kebakaran, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 10.25 pagi dan 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerahkan ke lokasi. Ketika pasukan tiba, api sedang marak membakar kediaman dua tingkat itu. "Pasukan menggunakan dua hos air yang sumber daripada jentera bomba. "Siasatan awal mendapati punca kebakaran daripada sebuah bilik dalam rumah itu, sebelum api merebak ke bahagian lain," katanya. Menurutnya, hampir tiga jam diambil untuk mengawal dan memadam kebakaran, malah kini kerja 'overhaul' sedang berjalan bagi mengelak kebakaran berulang. Kenyataan turut menyebut keseluruhan sembilan bilik musnah, manakala dua lagi