SUV polis terbalik, dua anggota terselamat elak anjing
SUV polis terbalik, dua anggota terselamat elak anjing Baca seterusnya di: pakdin.my/167874 - HULU SELANGOR – Dua anggota polis nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbalik akibat elak anjing liar di Kilometer 7.3 Jalan Pintasan Rawang, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian melibatkan kereta jenis Proton X70 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berlaku pada pukul 6.15 pagi tadi. Katanya, kenderaan tersebut dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak menuju ke Glenmarie, Shah Alam. “Kereta tersebut dipandu anggota lelaki pangkat Lans Koperal berusia 27 tahun dan bersama seorang penumpang anggota lelaki pangkat Sarjan berusia 33 tahun. “Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku kerana mengelak anjing di tempat kejadian sebelum terbabas dan terbalik,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mengulas lanjut, Faizal memaklumkan kedua-dua mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaa...