Posts

Showing posts with the label TikTok

Eropah membuka siasatan terhadap TikTok berhubung campur tangan pilihan raya berikutan pilihan raya Romania

Image
Suruhanjaya Eropah telah memulakan prosiding rasmi terhadap TikTok kerana disyaki campur tangan pilihan raya, terutamanya dalam pilihan raya presiden Romania baru-baru ini. Suruhanjaya akan menyiasat dasar TikTok mengenai iklan politik dan kandungan politik berbayar, serta sistem pengesyorannya. Pada 5 Disember, Suruhanjaya mengarahkan TikTok untuk membekukan data yang berkaitan dengan pilihan raya Romania di bawah Akta Perkhidmatan Digital (DSA), yang mengawal selia operasi syarikat media sosial utama di Eropah. Mahkamah tertinggi Romania membatalkan pilihan raya presiden berikutan tuduhan campur tangan Rusia dan kemenangan ultranasionalis pro-Rusia Calin Georgescu pada pusingan pertama. TikTok, yang dimiliki oleh Bytedance China, menyatakan bahawa ia telah melindungi integriti platformnya melalui lebih 150 pilihan raya di seluruh dunia dan memberikan maklumat yang luas kepada Suruhanjaya Eropah. TikTok juga menekankan bahawa ia tidak menerima iklan politik berbayar dan secara proakti...

Nepal haramkan TikTok dakwa ganggu keharmonian sosial

Image
Nepal haramkan TikTok dakwa ganggu keharmonian sosial BACA seterusnnya di: https://pakdin.my/173622 Kerajaan Nepal memutuskan untuk mengharamkan aplikasi media sosial popular TikTok semalam kerana menganggap aplikasi itu mengganggu keharmonian sosial di negara itu. "Keputusan untuk mengharamkan telah dibuat hari ini (semalam), dan pihak berkuasa yang berkaitan sedang menangani isu-isu teknikal," kata Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Rekha Sharma. Sharma berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati pengguna TikTok berkongsi kandungan yang mengganggu keharmonian sosial, struktur keluarga dan hubungan sosial. Bagaimanapun beliau tidak menyatakan sebab yang telah mencetuskan larangan tersebut. Sementara itu, pemimpin parti Kongres Nepal, Gagan Thapa berkata hasrat kerajaan itu seolah-olah menyekat kebebasan bersuara. "Peraturan diperlukan untuk tidak menggalakkan mereka yang menyalahgunakan media sosial, tetapi tindakan menutup media sosial atas nama peraturan ad...

🎦 Wanita dakwa asal Singapura mengaku tidak suka negara sendiri

Image
🎦 Wanita dakwa asal Singapura mengaku tidak suka negara sendiri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/?p=168705/ LONDON – Seorang wanita yang mendakwa berasal dari Singapura menyatakan dalam satu temu ramah di London bahawa dia tidak menyukai negaranya, lapor portal berita MSNews kelmarin. Wanita itu menimbulkan kontroversi  di laman TikTok @Brandondior1 pada Rabu minggu lalu. Seorang pencipta kandungan media sosial popular bertanya kepada orang ramai di London tentang soalan peribadi, selalunya berkaitan identiti mereka. Pencipta kandungan tersebut kemudian bertanya kepada seorang wanita muda dari mana dia berasal dan dia menjawab: “Singapura”. Soalan seterusnya adalah perkara terbaik yang dirasakan wanita berkenaan tentang negaranya. Tanpa berfikir panjang, wanita itu berkata: “Tiada apa-apa. Saya tidak suka negara saya.” Apabila diminta untuk bercakap kepada orang yang tidak pernah pergi ke Singapura, dia menjelaskan bahawa melawat negara itu untuk bercuti adalah baik.  “N...

Suami umur 62 tahun, content creator terus dihina dan disindir hamil anak ketiga - “Ingat dah tak boleh pakai lagi”

Image
Suami umur 62 tahun, content creator terus dihina dan disindir hamil anak ketiga - “Ingat dah tak boleh pakai lagi” BACA seterusnya: https://pakdin.my/166367 MEMILIKI lebih 230,000 pengikut di aplikasi TikTok, content creator Siti Nur Nashrah atau Nashkay pastinya sudah terbiasa berdepan dengan pelbagai komen netizen. Terbaharu, Nash, 30, yang sedang hamil anak ketiga mendedahkan dia turut menjadi mangsa penghinaan segelintir netizen kerana suaminya kini berusia 62 tahun. "Wohoo dah mengandung isteri dia. Kuat juga si tua ganyut ni. Ingat dah tak boleh pakai lagi (tak bernafsu). Wah padanlah seri aje isteri atuk ni. Apa tak vitamin A to Z dah masuk. Itulah bertenaga buat TikTok kan. Antara komen penghinaan yang diterima Nash dan suaminya. "Dia gunakan atuk ini cari side line income, takut-takut bila mati tak dapat harta kerana si tua ini ada anak, mana mereka nak kasi harta pada gold digger ini kan. "Kesian tengok si tua ganyut layankan isteri yang cari peluang cari duit...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Image
Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161037/ Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu berpunca daripada pengurangan mendadak nilai syarikat di tengah-tengah pasaran pengiklanan yang runtuh dan inflasi yang tinggi sejak beberapa dekad. Pemberhentian kakitangan adalah antara "beberapa langkah" untuk "menjadi syarikat yang lebih kecil dan cekap", Xinhua memetik ketua pegawai eksekutif Mark Zuckerberg sebagai berkata dalam mesej kepada pekerjanya. Usaha lain termasuk mengurangkan ruang pejabat, mengurangkan perbelanjaan mengikut budi bicara dan melanjutkan pembekuan pengambilan pekerja ke suku pertama bagi mengurangkan perbelanjaan, menurut mesej yang disiarkan di laman sesawang syarikat itu pada Rabu. Meta yang suatu masa bernilai lebih AS$1 trilion, kini be...