Posts

Showing posts with the label Hasni Mohammad

Hasni sahkan Ahmad Zahid menghadap Sultan Johor petang ini

Image
Hasni sahkan Ahmad Zahid menghadap Sultan Johor petang ini Selanjutnya di:  https://pakdin.my/156942 - JOHOR BAHRU - Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berhubung pelantikan Menteri Besar Johor pada petang Isnin. Perkara itu disahkan oleh Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad. "Prosesnya memang begitu. Bila Suruhanjaya Pilihan Raya beritahu keputusan pilihan raya, Presiden (UMNO) kemudiannya menghadap (Sultan Johor)," kata beliau kepada pemberita secara ringkas ketika ditemui di ibu pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor, sebentar tadi. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung pada Sabtu, BN memperoleh lebih daripada dua pertiga majoriti iaitu 40 kerusi Dewan Undangan Negeri dari 56 kerusi yang dipertandingkan. Terdahulu, Ahmad Zahid dilihat tiba di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal di sini pada jam 2.30 petang tadi sebelum meningg
Image
PH musnahkan asas kukuh dibina BN, #PRNJohor untuk kembalikan kestabilan – Hasni [Sumber: https://pakdin.my/?p=154745 ] JOHOR BAHRU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad mendakwa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) telah merosakkan kesinambungan kecemerlangan Johor seperti yang dilakukan ketika Barisan Nasional (BN) berkerajaan dahulu. Katanya, pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) ini sebenarnya memberikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri yang berupaya sebaiknya bagi mentadbir dan mengembalikan kecemerlangan negeri ini. “22 bulan PH memimpin negeri ini ianya telah memperkotak-katikkan begitu banyak asas-asas kukuh yang dibina selama ini, maka tidak selayaknya negeri ini diperlakukan sebegitu sebab itu kita hari ini membuat keputusan yang berani. “Tiada siapa yang menyuruh kita mengadakan PRN tapi atas kesedaran bahawa sekiranya tidak (dilaksana), lagi banyak sengsara yang akan berlaku, sebab itu s