Posts

Showing posts with the label Sri Pahang

Piala Malaysia: KL City selangkah ke separuh akhir

Image
Piala Malaysia: KL City selangkah ke separuh akhir Baca seterusnya di: pakdin.my/167892 -  Skuad Kuala Lumpur City (KL City) meraih bekalan tipis selepas merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Sri Pahang pada aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia sebentar tadi. Pada perlawanan di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, skuad Warga Kota kendalian Nenad Becina dibarisi oleh pemain utama seperti Romel Morales, Paulo Josue dan Tchetche Kipre. Sementara itu, pasukan Tok Gajah yang dibimbing oleh Fandi Ahmad pula membariskan kesebelasan utama seperti Nor Azam Azih, Sergio Aguero dan Kpah Sherman. Pasukan pelawat terlebih dahulu menguji benteng pertahanan KL City seawal minit keenam tetapi percubaan Kpah Sherman berjaya diselamatkan Kevin Ray Mendoza. Benteng Sri Pahang juga dilihat tampil cemerlang apabila tuan rumah meraih dua percubaan menarik menerusi Josue dan Zhafri Yahya tetapi gagal menembus gawang gol. Bersambung pada babak kedua, penantian KL City akhirnya membuahkan hasil apabila Jo